3,000 guru berduka lara disatukan sehingga April

MAHDZIR bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Ghazali kori

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menyatukan kira-kira 3,000 guru ‘berduka lara’ dengan pasangan masing-masing sejak tahun lalu sehingga April lalu. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bagi pertukaran guru fasa kedua bulan depan pula, sebanyak 15,000 permohonan sudah diterima. “Usaha itu akan diteruskan dengan memberi keutamaan kepada pasangan yang lama terpisah. Nama guru yang berjaya akan diumumkan apabila tiba masanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu di HGH Convention Center di sini, hari ini. Lebih 500 pendidik diraikan majlis yang dianjurkan UMNO Bahagian Batu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul. Mengenai beban tugas guru, Mahdzir berkata, kementerian akan terus mencari jalan penyelesaian terbaik bagi meringankan beban ditanggung golongan pendidik.

Sumber: Berita Harian