Kejayaan pelajar adalah kejayaan guru – Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dinikmati banyak pihak kini adalah hasil titik peluh para guru yang amat berdedikasi dalam mengutamakan kejayaan pelajar mereka, kata Datuk Seri Najib Razak. Mengimbau kenangan semasa beliau menjadi seorang pelajar, Perdana Menteri berkata guru-guru sentiasa amat tegas, namun ketegasan mereka penuh dengan kasih sayang dalam membentuk sahsiah pelajar. “Kejayaan pelajar adalah kejayaan mereka, dan kini ramai golongan berjaya adalah hasil titik peluh guru-guru yang amat berdedikasi dan sentiasa meletakkan pembelajaran dan perkembangan pelajar sebagai yang paling utama. “Sempena Hari Guru hari ini, sama ada kita telah berpuluh tahun meninggalkan perkarangan sekolah ataupun masih menelaah dalam bilik darjah, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik ini. “Terima kasih cikgu, dan selamat Hari Guru!,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini. Sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian