Unpaid guards lock pupils and teachers out

 

ALOR SETAR: Frustration boiled over when more than 200 pupils, their parents, 50 teachers and canteen helpers were prevented from entering SJK (C) Keat Hwa (S) when striking security guards kept the school gates locked.

Some had arrived at the school in Kampung Baru, Jalan Istana Lama here as early as 5.30am.

At 7am, a teacher who had had enough climbed over the gates to obtain the keys and open the gates.

It is understood that the guards acted in such a manner as they have not been paid their wages since January. Each were owed RM5,000.

The guards also put up a banner urging the District Education Department to help them.

A manager of the security firm later showed up with school board of director Lim Gek Leng and chairman of the school’s Parent Teacher Association Patsy Su.

Su said the guards were offered RM1,000 each as a temporary measure but “the guards wanted their management to pay them their outstanding salary”.

Lim, who kept watch on the school when the guards did not show up for duty on March 26 wants the security firm changed.

“We don’t want uncertainties on security issues. The priority is the safety of the pupils, teachers and the property of the school.

“The guards may act in such a manner again if they are not paid their salary.

“They have their family and children to care for.

“One of them ate bread only while on duty at the school,” Lim said.

“The school can’t do anything and we hope the District Education Department will act on this matter.”

State Education, Transport and Public Works Committee chairman Datuk Tajul Urus Mat Zain said the security firm was facing financial problems.

“This is the same firm that failed to pay the salaries of its guards stationed in the Kuala Muda-Yan district,” he said in a statement.

Tajul said the District Education Department paid the company for its January services.

“The payment for February and March were not paid as the firm has yet to submit its claims.

“This firm is not a qualified one and I will advise the Ministry of Education to be careful when selecting firms that provide security guard services,” Tajul added.

Source: The Star

Advertisements

Guards, deprived of salaries for three months, lock children out of school

 

ALOR STAR: Students of SRJK Keat Hwa (S) in Kampung Baru here were in for a rude shock early this morning when they were locked out of school by guards who claimed to have not been paid for the past three months.

Parents, students, teachers and canteen operators who had arrived as early as 6.30am found themselves unable to enter the school grounds before the day’s session began.

A white banner was hung on the fence outside the school, stating in red the plea of the security guards to their company for their salary, arrears in their salary, and Employees Provident Fund (EPF) contributions to be paid as they had families to care of, that they needed to eat, and had rent to pay.

They also pleaded for the district Education office to assist them. The school’s coordinator, Lim Gek Leng, said the gates were only opened about 7am after one of the teachers climbed the gate into the compound and retrieved the keys from the guard post.

“The students still managed to make it in time for classes,” he said. Lim said the guards told him that up until this month, they had only been paid a total of RM800, when they should have been paid a monthly salary of RM1,600.

“They have been surviving on biscuits and water all this while,” he said. Lim added that he was told by the security company representative that the four guards would be paid an initial amount of RM1,000 each.

Source: New Straits Times

Five more detained in assault case involving schoolboys

 

KUALA LUMPUR, April 14 — Police detained five more suspects yesterday to facilitate investigations into last week’s assault case in which two secondary schoolboys were beaten up by a group of students in Jalan Wangsa Siaga here.

Wangsa Maju police chief Supt Mohd Roy Suhaimi Shariff said the arrest of the five suspects, aged between 15 and 17, brought the total number of those detained to 27, so far.

“However, 16 of the suspects have been released on police bail after their statements were taken,” he told reporters after attending a community policing programme at the Tasputra Perkim Care Centre for Autistic Children here today.

In the 2pm incident on Thursday, both victims were on motorcycles heading home from their school when they encountered the group of students.

The group suddenly chased and attacked the two students using sticks, helmets and iron rods.

The victims, who suffered head injuries, were taken to the Ampang Hospital. — Bernama

Source: Malay Mail

Histeria: Pelajar SMK Pengkalan Chepa 2 diberi cuti

HISTERIA / CUTI PERISTIWA / SMK PENGKALAN CHEPA 2

KOTA BHARU 14 APRIL 2016. Pembantu Takbir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, Mohd Rofi Zakaria memasang notis pemberitahuan pihak sekolah mengumumkan cuti peristiwa pada hari ini Khamis selama sehari untuk memulihkan kembali keadaan susulan gangguan histeria sejak Isnin lalu. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

 

KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diberi cuti peristiwa hari ini berikutan kes histeria sejak Isnin lalu. Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya sebentar tadi, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

“Ia adalah bagi memberi peluang kepada pelajar terutama yang diserang histeria memulihkan semula semangat mereka.

“Kesempatan itu juga digunakan memulihkan keadaan sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan berjalan semula seperti biasa,” katanya. Siti Hawa berkata, dalam usaha pemulihan, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu.

Beliau dimaklumkan oleh pengamal perubatan Islam terbabit terdapat beberapa kawasan yang didakwa ‘keras’ dan usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

“Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir.

“Buat masa kini keadaan sudah semakin pulih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan terus kepada Jabatan Pendidikan negeri (JPN) termasuk menyambung cuti jika diperlukan,” katanya.

Dalam kejadian bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 50 pelajar termasuk lapan guru mengalami histeria yang menyebabkan mereka menjerit dan meracau.

Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan waktu persekolahan ditamatkan sedikit awal pada hari pertama.

Seorang mangsa yang juga guru Pendidikan Jasmani, Norlelawati Ramli, 32, berkata beliau hampir dirasuk sebaik selesai menenangkan mangsa histeria di sebuah kelas di tingkat empat.

“Saya rasa kedua-dua tangan menjadi berat dan ternampak sekilas kelibat lembaga hitam di hadapan. “Saya cuba lawan dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah keadaan saya tidak serius,” katanya.

Sumber: Berita Harian

RM150,000 biayai projek rumah hijau rama-rama

 

MELAKA 14 April – Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka memperuntukkan RM150,000 bagi membiayai projek rumah hijau rama-rama di enam sekolah rendah di negeri ini sepanjang 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha itu adalah galakan kepada murid-murid mengetahui tentang kitaran hidup rama-rama selain menghargai alam sekitar.

Menurutnya, kerajaan negeri berusaha menghijaukan negeri ini dan usaha Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka dengan pihak sekolah ini merupakan satu cara bagi melaksanakan misi teknologi hijau di negeri ini.

“Usaha sebegini sekali gus memberi ruang kepada murid-murid dan generasi muda yang berminat mempelajari dengan lebih mendalam tentang cara memelihara serta membiakkan rama-rama.

“Sebab itulah kita pilih sekolah rendah kerana ingin mendidik mereka yang masih kecil dan tidak memahami apa-apa.

“Apabila mereka dididik bermula di sekolah rendah, sudah tentu dapat mengingatinya dan sekiranya mereka berminat boleh meneruskan kajian tentang rama-rama sehingga dewasa kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan projek Rumah Hijau Rama-Rama di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Ke-roh di sini. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Gerard Wong.

Dalam pada itu, Gerard berkata, program rumah hijau tersebut adalah kesinambungan daripada program Lepidopteris Muda yang diadakan baru-baru ini di taman tersebut.

Katanya, menerusi program itu, pihaknya bekerjasama dengan beberapa sekolah rendah yang menghantar wakil mereka untuk mengikuti bengkel khas berkaitan rama-rama dan pembiakannya.

“Menerusi bengkel tersebut wakil murid-murid dari sekolah yang terlibat diajar secara terperinci jenis-jenis rama-rama, kitaran hidup, jenis pokok yang mempengaruhi pembiakannya dan sebagainya.

“Selepas projek rumah hijau di SK Ayer Keroh, lima lagi sekolah akan bekerjasama di bawah tajaan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka tahun ini, kos bagi satu projek rumah hijau serta program-program berkaitannya kira-kira RM25,000,” katanya.

Sementara itu, Gerard berkata, pihaknya memberi kemasukan percuma ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka kepada rombongan sekolah yang memakai seragam sekolah untuk tempoh sebulan bermula hari ini.

Katanya, itu adalah galakan kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan rama-rama.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Jangan jaja buli di sekolah sebagai isu politik

 

KUALA TERENGGANU 14 April – Kementerian Pendidikan memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak menjadikan isu buli di sekolah sebagai permainan politik kerana ini hanya akan menyemarakkan sentimen perkauman di negara ini.

                                                                      Mahdzir Khalid

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, campur tangan melampaui batas yang didorong oleh kepentingan untuk dilihat sebagai `juara’ akan memberi kesan buruk kepada bukan sahaja pelajar, ibu bapa dan pengurusan sekolah bahkan masyarakat apabila keharmonian terjejas .

“Berkaitan buli dan apa jua bentuk perlakuan ganas kalau boleh kita hendak elak daripada sebarang campur tangan politik kerana hal berkaitan sekolah sepatutnya hanya melibatkan pelajar tanpa sebarang unsur perkauman.

“Jadi kita tidak mahu ada orang lain tampil sebagai juara dalam isu ini dan datang ke sekolah kerana akhirnya akan membawa kepada perkara yang tidak sihat. Biarlah pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan negeri yang menyelesaikan setiap kesulitan itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-55 yang dihadiri 586 pengetua di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof; Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Matsor Ismail serta Pemangku Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Jamaludin Yaacob.

Menurut Mahdzir, berhubung garis panduan baharu untuk menangani kes buli, kementerian mengesyorkan semua pihak untuk mengambil langkah proaktif dan segera termasuk membuat rundingan serta-merta dengan mereka yang terlibat sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian tersebut.

Katanya, menerusi rundingan dengan pelajar dan ibu bapa, pendekatan itu sekali gus dapat mempercepatkan proses tindakan tanpa perlu menunggu prosedur sedia ada yang pastinya mengambil masa lama.

“Dalam kes buli ini, kita sudah ada prosedur operasi standard (SOP), sekiranya pihak sekolah boleh ambil langkah itu, baguslah sebab kita tidak perlu tunggu siasatan bermula, selesai siasatan dan kemudian bawa ke jawatankuasa untuk diputuskan tindakan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kementerian telah menyediakan peruntukan khas bagi pembekalan air bersih di sekolah-sekolah yang terjejas akibat fenomena panas dan kering yang berpanjangan ketika ini.

Sumber: Utusan Malaysia

SMK Pengkalan Chepa II 
didiami makhlus halus?

image (2)

PEMBANTU Tadbir SMK Pengkalan Chepa II, Mohd. Rofi Zakaria memasang notis cuti peristiwa di hadapan pintu masuk utama susulan gangguan histeria di sekolah tersebut di Kota Bharu, Kelantan, semalam. -UTUSAN/WAHIDIN SALIM

 

KOTA BHARU 14 April – Beberapa lokasi dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II di sini didakwa didiami makhluk halus, sekali gus dipercayai menjadi punca serangan histeria kepada lebih 50 pelajar dan 11 gurunya sejak Isnin lalu.

Pengetua SMK Pengkalan Chepa II, Siti Hawa Mat berkata, beliau menerima maklumat itu daripada beberapa pengamal perubatan Islam yang diundang pihak sekolah bagi memulihkan keadaan seperti sediakala.

Katanya, antara lokasi yang didakwa ‘keras’ adalah tingkat empat bangunan sekolah, pokok besar berhampiran kantin serta tandas.

“Para pengamal perubatan menasihatkan kami supaya banyak membaca ayat-ayat al-Quran. Kami bercadang untuk mengadakan solat hajat selain memperbanyakkan program kerohanian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan pelajar SMK Pengkalan Chepa II diminta mengambil cuti peristiwa hari ini berikutan lebih 50 pelajar dan 11 guru perempuannya diserang histeria selama tiga hari berturut-turut sejak Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Siti Hawa berkata, cuti peristiwa hanya sehari iaitu hari ini dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa pada Ahad nanti.

“Pihak sekolah mengambil keputusan untuk memberi pelajar cuti peristiwa berikutan bilangan pelajar dan guru yang dirasuk bertambah, selain keadaan semakin tidak dapat dikawal.

“Ia diputuskan setelah berbincang dengan Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan daerah selain memberi ruang kepada pengamal perubatan menjalankan kerja mereka tanpa kehadiran pelajar,” jelasnya.

Tambahnya, pihak sekolah mengalu-alukan pengamal perubatan dari luar Kelantan yang berminat membantu mengembalikan keadaan sekolah di samping meningkatkan keyakinan pelajar untuk hadir ke sekolah tanpa perasaan takut.

Difahamkan, sekolah tersebut yang memiliki 1,044 pelajar dan 35 kelas didirikan di atas tapak sebuah banglo lama.

 

Sumber: Utusan Malaysia