TH nafi simpanan pelajar diambil PTPTN

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan duit simpanan seorang pelajar dalam TH diambil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membayar pinjamannya tanpa kebenaran. TH dalam kenyataan menerusi akaun Facebook hari ini, menegaskan maklumat yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak benar dan berunsur fitnah. “TH ingin menegaskan bahawa tiada sebarang usaha sama antara TH dan pihak PTPTN,” kata kenyataan itu. Sebelum ini, seorang pelajar yang dikatakan sedang menyambung pelajaran dalam bidang syariah mengadu kepada bapanya bahawa wang simpanan dalam TH sebanyak RM30,000 diambil PTPTN. Dia mendakwa kononnya perkara itu hanya diketahui selepas mengemas kini buku TH miliknya.

Sumber: Berita Harian

Advertisements

163 sekolah di Jerantut, Temerloh sambung cuti esok

11rosdi.transformed

KUANTAN: Semua 163 sekolah di daerah Jerantut dan Temerloh ditutup sehari lagi berikutan cuaca panas melampau di kawasan terbabit.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, suhu di dua daerah berkenaan masih tinggi iaitu 38.5 darjah celcius di Jerantut dan 37.8 darjah celcius di Temerloh.

Beliau berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas keadaan cuaca panas masih berterusan dan dikhuatiri boleh mengakibatkan masalah kepada murid. “Bagaimanapun staf dan guru perlu hadir bertugas seperti biasa.”

“Arahan ini membabitkan 48 sekolah rendah dan 17 sekolah menengah di daerah Jerantut. Jumlah murid dan pelajar pula ialah 11,154 murid sekolah rendah dan 7,401 pelajar sekolah menengah.

“Bagi daerah Temerloh pula, sebanyak 69 sekolah rendah dan 29 sekolah menengah diarahkan ditutup esok membabitkan 16,799 murid dan 13,291 pelajar.

“Kita akan terus memantau perkara ini dan jika keadaan cuaca panas berterusan, kita akan umumkan esok (hari ini) sama ada untuk tutup atau tidak sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan semua pihak sekolah di negeri ini untuk mengurangkan dan membatalkan aktiviti luar darjah bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis, Jerantut dan Temerloh di Pahang ditutup hari ini, berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara.

Sumber: Berita Harian

 

Syarat lulus BI dalam SPM akan dibincangkan semula

image (4)

P. KAMALANATHAN menyerahkan sijil Anugerah Tokoh Danajamin100 kepada Anis Diana Anuar dalam Majlis Graduasi Program Kepimpinan Pelajar Danajamin100 di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Suriya Bonma

 

KUALA LUMPUR 11 April – Kementerian Pendidikan akan mengadakan mesyuarat kedua bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan syarat lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, mesyuarat pertama mengenai perkara itu telah dibuat pada tahun lalu manakala mesyuarat kedua akan diadakan dalam masa terdekat.

“Pada mesyuarat pertama sebelum ini, keputusan untuk me­laksanakan syarat wajib ini masih tidak terjawab. Mesyuarat susulan ini juga akan melibatkan pihak berkaitan yang pernah bersama dalam perbincangan mesyuarat pertama.

“Kementerian terpaksa menangguhkan pelaksanaan syarat wajib ini pada bulan Ogos tahun lalu ke­rana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sepatutnya pelaksanaan syarat wajib ini dilaksanakan pada tahun ini,” katanya selepas menghadiri majlis Graduasi Pelajar Danajamin100 di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 30 orang daripada kumpulan perintis yang terdiri pelajar tingkatan empat dari sekolah pintar sekitar Selangor dan Negeri Sembilan diraikan serta menerima sijil penghargaan dan sumbangan RM1,500 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) selepas menamatkan program kepemimpinan selama tiga tahun.

Danajamin100 merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) utama syarikat Danajamin Nasional Berhad untuk memperkasakan nilai kepimpinan pelajar yang telah dipilih.

Kumpulan kedua program Danajamin100 yang terdiri daripada 30 pelajar terpilih dari sekolah-sekolah di Perak, Pulau Pinang dan Kedah telah memulakan program mereka sejak September tahun lalu dan dijangka menjalani kem kedua mereka pada Mei nanti.

Terdahulu dalam ucapannya sempena majlis itu, Kamalanathan berkata, pihak kementerian kini menggalas tugas yang mencabar bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad ke-21.

Jelasnya, sistem pendidikan secara keseluruhannya baik dari segi kurikulum dan pendekatan, manakala penyampaiannya perlu disesuaikan dengan kehendak dan aspirasi masa depan negara.

“Justeru, sokongan semua pihak seperti daya usaha dan inovasi komuniti akademik di Malaysia dan sumbangan syarikat-syarikat korporat adalah sangat membantu dalam usaha mencapai hasrat murni tersebut,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Pembelajaran pintar di taska

image (3)

Idris Jusoh (berdiri, tiga dari kiri) bersama Lee Sang Hoon (dua dari kiri) dan Zaini Ujang (kiri) bergambar dengan para guru dan ibu bapa selepas melancarkan program pembelajaran pintar dan menyeronokkan di Taska Permata Puspanita Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya, semalam. – BERNAMA

 

PUTRAJAYA 11 April – Kementerian Pendidikan Tinggi telah mewujudkan konsep baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pem­belajaran pintar secara dalam talian untuk kanak-kanak, iaitu yang pertama seumpamanya, di pusat asuhan Taska Permata Puspanita (Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia) di kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kanak-kanak yang berusia antara empat dan enam tahun yang diasuh di taman asuhan kanak-kanak (taska) itu akan memulakan pengajian menggunakan kaedah kemahiran berfikir secara interaktif dan berbentuk per­­ma­inan mengikut kokurikulum Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata).
Menurutnya, konsep baharu yang dikendalikan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCRDC), Universiti Pendi­dikan Sultan Idris (UPSI) itu merupakan hasil kerjasama Samsung Malaysia Electronics (Samsung) dan kementeriannya.
“Taska ini sekarang mempunyai sebanyak 30 buah tablet jenama Samsung dan sebuah televisyen pintar sumbangan Samsung yang akan digunakan oleh kanak-kanak dan tenaga pengajar untuk pem­belajaran mereka.
“Saya mahu taska ini menjadi pusat asuhan terbaik meman­dangkan ia ditempatkan di kementerian ini, maka kita menggunakan segala kepakaran tenaga kakita­ngan di bawah kementerian untuk menghasilkan generasi yang pintar teknologi,” katanya selepas melancarkan taska pembelajaran pintar dan menyeronokkan di kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang; Presiden Samsung, Lee Sang Hoon dan Pengarah Bahagian Korporat Samsung Malaysia, Datuk Roh Jae Yeoi.
Taska Permata Puspanita di kementerian itu dipilih oleh NCDRC untuk dinaik taraf sebagai pusat pembelajaran pintar mengikut konsep perkembangan kanak-kanak di negara ini.
Idris berkata, antara perkara yang menarik dibangunkan oleh NCDRC untuk pengajian kanak-kanak di taska itu adalah menghasilkan buku cerita kanak-kanak Upin dan Ipin dalam bentuk digital yang boleh dimuat turun oleh orang ramai dalam tempoh satu malam sahaja berbanding sebelum ini tempoh cetakannya untuk jumlah jilid tertentu mengambil masa selama setahun.

Tambahnya, untuk mencapai matlamat pengajaran pintar di taska itu, semua tenaga pengajar dan pengasuhnya diberi latihan khusus oleh NCDRC.
Beliau percaya, kanak-kanak di taska tersebut berpotensi mendapat kaedah pengajaran yang cemerlang berbanding sebelum ini memandangkan kaedah atau metodologi yang digunakan oleh NCDRC itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Taska itu juga akan menggunakan beberapa lagi aplikasi lain yang dibina bersesuaian untuk standard usia kanak-kanak di taska itu oleh NCDRC di pusat analisis mereka di UPSI,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Cops ‘adopt’ troubled school

 

GEORGE TOWN: The south Seberang Prai district police have adopted SMK Bandar Tasek Mutiara, the school with alleged bullying and gangsterism incidents.

Deputy Education Minister Datuk P. Kamalanathan said the district police had also appointed an Indian liaison police officer to assist the school in handling such matters.

“OCPD Supt Abdul Shafee Abdul Samad has assured that police will supervise the school and monitor all that is happening in the school.

“Our intention is to ensure that the incidents do not arise again,” he told a press conference after opening the Penang Free School Mega Carnival 2016, which was in conjunction with the school’s bicentenary celebration at the school here yesterday.

Kamalanathan said the Education Ministry and the school authorities are looking for an amicable solution, not only for the current cases but also for a long-term solution.

“Police and the school are holding dialogues with the parents. Penang MIC is also working closely with these parties to get the best solution, and we welcome anyone who wishes to come and work together with us,” he said.

“Police are investigating and one of the school’s senior assistants has been transferred out.

“The two students who were suspended can appeal for reinstatement.

“According to the state Education Department, four students were suspended after a fighting incident, but only two of them appealed and were reinstated.

“I hope the other two students will appeal as soon as possible,” he added.

On the remark by Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy that the state Education Department should have taken stiffer action against the teacher of the school, Kamalanathan said: “We are not dictated by the opinion of an individual on what we should do in the Education Ministry.”

It was reported on April 3 that a group of people had held a protest outside the school in Simpang Ampat, Nibong Tebal, accusing it of keeping an eye shut over the alleged bullying and gangsterism there.

 

Source: The Star

Permata Puspanita Kindergarten goes digital for teaching and learning prog

FUN SMART LEARNING / KPT

PUTRAJAYA 11 APRIL 2016. Kanak-kanak Taska Permata Puspanita KPT, Tuan Alya Ayuni Maisara Tuan Mohd Sukri (dari kiri), Adam Nur Aiman Baibranizam, Luth Khalish Rizqi Mohd Nizam, Puteri Nur Kauthar Megat Mohd Shamsul, Nur Humaira Mohd Zuraidi menggunakan samsung tablet selepas majlis pelancaran Fun Smart Learning dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Samsung 2016 di Kementerian Pendidikan Tinggi. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR 

 

PUTRAJAYA: The first Fun Smart Learning programme promoting the use of digitised children’s book, gamification as well as interactive learning and teaching was launched at the Permata Puspanita Kindergarten at the Higher Education Ministry, today.

The ‎kindergarten programme which based on Permata’s curriculum is a collaboration between the ministry, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.

The materials for the programme were developed by the UPSI National Child Development Research Centre (NCDRC) and Education Research Lab (UERL). Samsung contributed 30 tablets and a digital smart board to facilitate the programme.

The programme was launched by Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh today. Also present were the ministry’s secretary-general Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd president Lee Sang Hoon and director of corporate affairs Datuk Roh Jae Yeol.

Idris said the collaborative programme between ‎UPSI and Samsung would be an example for other kindergartens under government and private agencies to emulate, in terms of using new technology and methodology in class.

“‎UPSI which is one of the premier teaching university, has developed the use of technology and new gamification methodology in changing the teaching methods for children.

“The world has changed, thus the way we teach our children needs to change. UPSI and Samsung have given a new phase to the ministry kindergarten through this collaboration, he said.

He added the programme’s success rate would be monitored before it is recommended to other ministries’ kindergartens for implementation.

Source: New Straits Times

Jerantut and Temerloh schools closed for second day as hot weather persists

NEWS

JERANTUT 11 APRIL 2016. Kakitangan Pejabat Meteorologi Batu Embun, Mohd Shamriza Saari 29, memantau suhu pada Termometer Maksimun yang terdapat di Pejabat Meteorologi Batu Embun untuk mengetahui suhu semasa di musim El Nino dimana daerah Jerantut dan Temerloh mencatat suhu melebihi 37 darjah. STR/NAZIRUL ROSELAN

 

KUANTAN: All schools in Jerantut and Temerloh will remain closed for tomorrow due to the extreme hot weather.

State Education director Datuk Rosdi Ismail said the directive was issued as a protection for students from being affected by the scorching heat.

He said the closure involved 117 primary and 46 secondary schools with a combined student population of 48,645 in the two districts.

“We will continue to monitor the situation and if the weather persists, we will announce the closure for Wednesday,” he said. Rosdi said all schools in the state should reduce or cancel activities outside of classrooms to safeguard their students.

All the schools in Jerantut and Temerloh were closed today.

Source: New Straits Times