Tubuh badan khas tangani keganasan di sekolah

Lee_Lam_Thye10a.transformed

AKTIVIS Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye. – Foto Mohd Yusni Ariffin

 

KUALA LUMPUR: Satu badan khas perlu diwujudkan bagi menangani masalah keganasan di sekolah yang dilihat semakin membimbangkan.

Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata badan khas itu wajar disertai Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, pakar akademik serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.

Katanya, usaha membendung gejala tidak bertamadun itu perlu ditangani semua pihak dan bukannya menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan sahaja.

“Ibu bapa tidak seharusnya menuding jari terhadap pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan sebagai punca masalah ini berlaku sebaliknya sedar dan bantu pihak berkenaan bagi menyelesaikannya.

“Isu ini sudah lama berlaku dan ia boleh diibaratkan sebagai satu trend yang ‘wajib’ berlaku di sekolah. Lebih mendukacitakan, apabila pergaduhan itu membabitkan penggunaan senjata tajam yang boleh meragut nyawa.

“Saya gesa segala program atau silibus di sekolah disemak semula supaya pengisiannya kena dengan keadaan semasa. Misalnya, sesi kaunseling, subjek Pendidikan Islam dan Pendidik Moral perlu dimantapkan untuk memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau mengulas mengenai 18 pelajar yang berusia 14 hingga 18 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Taman Wangsa Melawati, di sini, Khamis lalu.

Di Kota Bharu, Kelantan, pula seorang pelajar Tingkatan Tiga retak tulang leher akibat dibuli senior sekolahnya di Pengkalan Chepa, Khamis lalu.

Sumber: Berita Harian

Advertisements

Sekolah di Perlis, Jerantut, Temerloh ditutup esok

 

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Perlis, Daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang ditutup esok berikutan cuaca panas melampau.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, arahan penutupan sekolah di negeri dan daerah berkenaan adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ketika ini.

“Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan terhadap cuaca kering dan panas sehingga 10 April (hari ini) mendapati negeri Perlis, daerah Jerantut dan daerah Temerloh di Pahang mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celsius pada satu-satu masa setiap hari dan melebihi 72 jam,” kata kenyataan itu.

Penutupan itu membabitkan sebanyak 259 sekolah iaitu 68 sekolah menengah dan 191 sekolah rendah.

“Jumlah pelajar terbabit pula adalah seramai 97,533 orang iaitu 91,862 pelajar sekolah menengah dan rendah serta 5,671 pelajar prasekolah.

“Penutupan sekolah bagi maksud cuaca panas hanya membabitkan ketidakhadiran pelajar sahaja dan penutupan berkenaan juga tidak perlu diganti,” menurut kenyataan.

Sumber: Berita Harian

Gerakan galak tabiat membaca

 

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, serentak dengan semua sekolah di seluruh negara, mengadakan aktiviti membaca buku selama 33 minit 36 saat di sekolah itu di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Murid tahun 1 SK Sungai Buloh, Nur Anis Raudhah dan Safi Nur’ain
membaca buku cerita kanak-kanak sempena Kem Membaca 1Malaysia
di sekolah itu di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Aktiviti itu diadakan sempena Kem Membaca 1Malaysia dengan tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”.

Kem membaca ini merupakan program Kementerian Pendidikan yang bermatlamat untuk mengisi masa lapang murid dan memupuk minat membaca secara berterusan.

Di samping itu, objektif kem adalah untuk menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuh kenahiran maklumat dalam kalangan murid.

Di SK Sungai Buloh, Kem membaca 1Malaysia dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Nurul Asyikin Ahmad.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Angkasa saran koperasi sekolah urus kantin

image (1)

AbduL Fattah Abdullah (kanan) beramah mesra dengan guru-guru yang menyertai Bengkel Pembangunan Koperasi Sekolah 2016 di Johor Bahru, semalam. UTUSAN/ISAHAK RAHMAD

 

JOHOR BAHRU 10 April – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyarankan kerajaan supaya memberi peluang kepada 2,335 buah koperasi sekolah di seluruh negara menguruskan kantin sekolah.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu amat relevan bagi memberi ruang kepada ahli koperasi sekolah meningkatkan kemahiran berniaga, di samping membantu melahirkan usahawan berjaya suatu hari nanti.

Menurutnya, koperasi sekolah berupaya untuk dipelbagaikan, selain mampu menarik ramai pelanggan memandangkan ia merupakan salah satu aspek terpenting dalam sesebuah sekolah.

“Berdasarkan penelitian yang dijalankan sejak tahun lalu, kami berpendapat keuntungan yang diperoleh menerusi koperasi sekolah ini amat luar biasa dan mampu ditingkatkan jika diberi peluang untuk mengembangkan sektor perniagaannya.

“Saya difahamkan ada sesetengah koperasi sekolah telah pun menjalankan perniagaan jualan barangan runcit seperti tepung, gula dan sebagainya. Oleh itu, jika dibenarkan untuk menguruskan kantin sekolah, pasti langkah itu dapat menjimatkan kos,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Koperasi Sekolah 2016 di sini semalam.

Abdul Fattah berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hingga Jun tahun lalu, pihaknya mendapati pendapatan daripada perniagaan yang dihasilkan koperasi sekolah menjangkau RM230.2 juta berbanding RM35 bilion yang diperoleh daripada keseluruhan sektor koperasi.

“Oleh itu, saya berpendapat koperasi boleh menjalankan perniagaan yang lebih menyeluruh, selain mengambil alih pengurusan kantin di sekolah masing-masing,” katanya.

Selain itu, koperasi sekolah juga boleh menjana pendapatan sampingan menerusi aktiviti dan program yang dianjurkan pihak sekolah.

“Jika berkesan, sekolah tidak perlu lagi untuk mencari penaja atau sebagainya, koperasi sudah mampu untuk menyumbang input yang besar dalam sesuatu program yang dijalankan,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Sekolah di Perlis, Jerantut, Temerloh tutup hari ini

image.jpg

KUALA LUMPUR 10 April – Semua sekolah di Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang akan ditutup selama satu hari esok.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan, penutupan itu adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas sedang berlaku.

Kata kenyataan itu, berdasarkan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas yang sedang melanda negara, Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius pada satu-satu masa setiap hari melebihi 72 jam.

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 259 buah sekolah iaitu 68 buah sekolah menengah dan 191 buah sekolah rendah.

“Jumlah murid yang terlibat adalah seramai 97,533 iaitu 91,862 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 5,671 orang murid prasekolah,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, penutupan sekolah tersebut hanya me­libatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja dan tidak perlu diganti.

“Operasi pentadbiran sekolah kecuali aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid hendaklah berjalan seperti biasa.

“Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mesyua­rat, merancang PdP termasuklah tugas-tugas rutin yang tidak melibatkan murid-murid,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Perlis dan Pahang perlu memantau bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan itu.

“Kementerian akan memaklumkan dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” katanya.

 Sumber: Utusan Malaysia

Bandar Tasek Mutiara bullying case resolved, deputy education minister says

dep_edu_Kamalanathan_0709_620_456_100

Deputy Education Minister P. Kamalanathan said the Seberang Perai Selatan District Police headquarters had also agreed to adopt the school, with personal supervision, to ensure such issues will not recur. — Picture by Zuraneeza Zulkifli

 

GEORGE TOWN, April 10 — The Education Ministry has resolved the alleged bullying and gangsterism incidents at SMK Bandar Tasek Mutiara and students who were suspended are urged to appeal for reinstatement.

Deputy education minister Datuk P. Kamalanathan said the school authorities and the education department were now looking for an amicable solution, not only for the current case but for a long term solution.

He said the Seberang Perai Selatan District Police headquarters had also agreed to adopt the school, with personal supervision, to ensure such issues will not recur.

“Our intention is to ensure such incidents do not recur and an Indian police officer has been appointed to assist the school in handling such matters,”he told reporters after officiating the Penang Free School Mega Carnival in conjunction with its bicentenary celebration this year, here today.

Kamalanathan also hoped that the two students who have yet to appeal, would do so soon in order to stand a chance of being reinstated.

“According to the Penang Education department, four students were suspended, but two of them appealed and were reinstated,” he said.

It was reported on April 3 that a group of people had held a protest outside the school in Simpang Ampat, Nibong Tebal, accusing it of ignoring pleas for action over alleged bullying and gangsterism in the school.

However, Kamalanathan said police were currently investigating alleged gangsterism activities while one of the school’s senior officer has been transferred out of the school.

“We are not dictated by opinion of an individual on what we should do in an education ministry. Investigation is going on and we cannot punish people if there is no wrongdoing as we have already transferred him,“ he said when responding to a calls by Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy, who wants firm action against the teacher of the school where reports of alleged bullying and gangsterism occurred.

Kamalanathan said the state MIC was working closely with the parents, the school authorities and the education department to find an amicable solution to ensure such incidents will not recur in future. — Bernama

Source: Malay Mail

Kelantan police detain Form Four student in bullying case

 

KOTA BARU, April 10 — The police have detained a form four pupil in Pengkalan Chepa here, to facilitate investigations into last Thursday’s bullying of a form three pupil at a school.

Kelantan CID chief, ACP Ahmad Taufek Abdullah said the 16-year-old boy was picked up at 11.30am today, at a location near Pengkalan Chepa.

He said the police had not recorded any statement from the 15-year-old victim as he was traumatised by the incident.

He was speaking to reporters after closing the Inspector-General of Police Cup Futsal Championships here today.

In last Thursday’s incident, the victim sustained a fractured neck following the bullying incident at school.

The boy has been warded at the Raja Perempuan Zainab II Hospital.

In the futsal championship final, Kelantan defended their title after beating Selangor 3-2. — Bernama

Source: Malay Mail