Penglibatan sektor kerajaan, swasta, tingkatkan kualiti pendidikan

image (2)

Zainuren Mohd. Nor (tengah) beramah mesra dengan para pelajar yang menggunakan kemudahan Taman Teduhan Kasih untuk mengulang kaji pelajaran dalam pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching di Semenyih, Selangor, semalam. utusan/FAUZI BAHARUDIN 

 

KUALA LUMPUR 5 April – Pengli­batan agensi kerajaan dan swasta dalam bidang pendidikan sangat digalakkan bagi memastikan sektor itu terus mencapai tahap kualiti terbaik di peringkat dunia.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, kerjasama daripada pelbagai pihak diyakini antara faktor yang merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selain itu katanya, mereka turut boleh menjadi ejen dalam memastikan setiap pelajar memperoleh sumber pembelajaran berkualiti seiring kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang negara kecapi.

“Sumbangan ini menunjukkan bahawa negara mempunyai komuniti yang mempunyai kesedaran untuk membantu dalam meningkatkan prestasi pendidikan negara.

“Ini juga antara usaha yang efektif dalam meningkatkan jumlah pelajar yang mempunyai daya saing dan holistik, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat menje­lang 2020,” katanya ketika berucap merasmikan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Selangor, Nik Asma Nik Ahmad dan Pengetua SMK Bandar Rinching, Saliha Mansor.

KM1M merupakan sebuah program membaca serentak yang dianjurkan BTP dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, melibatkan pelajar di seluruh negara dengan tujuan menggalakkan tabiat membaca.

Pelbagai aktiviti menarik se­perti pertandingan menulis esei, mendeklamasi sajak, bercerita dan mewarna dijalankan di SMK Bandar Rinching yang menjadi tuan rumah untuk penganjurannya kali ini.

Sementara itu, Nik Asma berkata, pengetua-pengetua sekolah sekitar Selangor digalakkan sentiasa menganjurkan program yang menyemai sifat membaca dalam kalangan pelajar bagi memastikan peningkatan berterusan dalam bidang pendidikan.

“Ini merupakan pendekatan efektif dalam membantu pelajar memilih bahan bacaan berimpak positif terhadap pembelajaran mereka, selain terus memanfaatkan pusat sumber sekolah dengan berkesan,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Penipuan baucar buku: KPT pantau penerima, pekedai

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) apabila menukarkannya dalam bentuk wang tunai, bukan buku seperti sepatutnya.

KPT dalam kenyataan hari ini, menegaskan pihaknya sedia maklum dengan tindakan pekedai dan pelajar dalam isu berkenaan seperti dilaporkan akhbar minggu lalu.

“Pada masa ini kementerian terus melaksanakan tindakan pemantauan, termasuk melalui cara penyamaran. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.

“Sehingga kini sebanyak empat pekedai disenarai hitam kerana melanggar peraturan program BB1M,” kata kenyataan itu. KPT turut mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pihak yang boleh membantu dalam penguatkuasaan dan penyiasatan bagi membanteras penyalahgunaan bantuan berkenaan.

Program BB1M bernilai RM250 untuk pelajar institusi pengajian tinggi yang diperkenalkan kerajaan bertujuan meringan beban pelajar dan hanya boleh ditukar di kedai buku diiktiraf.

Sumber: Berita Harian

Keracunan makanan: 8 pelajar dibenar keluar hospital

05juita.transformed

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie

 

IPOH: Lapan daripada 32 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah yang dirawat di Hospital Tapah akibat keracunan makanan di sekolah mereka Sabtu lalu, dibenarkan keluar pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata mereka dibawa pulang oleh wakil sekolah berkenaan kira-kira jam 11 pagi. Katanya, jumlah itu menjadikan keseluruhan pelajar yang masih menerima rawatan di bilik rawatan sekolah seramai 24 orang membabitkan 10 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan.

“Selepas pasukan perubatan Klinik Kesihatan Tapah menjalankan pemeriksaan pagi ini, semua mangsa keracunan yang dirawat di bilik rawatan sekolah beransur pulih dan tidak perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

“Bagaimanapun, ibu bapa yang mahu membawa pulang anak mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut, boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan kepada pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Dr Juita berkata, keputusan sampel makanan yang diambil untuk dianalisis hanya akan diperoleh dalam tempoh lima hingga tujuh hari lagi. Katanya, Jabatan Kesihatan mengarahkan kantin sekolah berkenaan ditutup selama 14 hari mengikut Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk siasatan lanjut.

“Kantin berkenaan perlu mematuhi arahan berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang sebelum pemeriksaan kedua dilakukan. Selepas siasatan selesai dan Jabatan Kesihatan berpuas hati, barulah pengusaha dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Program PERMATA Insan lahir pelajar seimbang dunia, akhirat: PM

NAJIB/PERMATA

NILAI 05 APRIL 2016. [For all] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika simbolik majlis perasmian Kompleks Permata Insan, USIM, Nilai. Turut bersama Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor Usim, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad. NSTP /IQMAL HAQIM ROSMAN

BANDAR BARU NILAI: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Program PERMATA Insan sebagai tepat pada masanya dalam usaha kerajaan melahirkan peradaban yang hebat.

Perdana Menteri berkata, berkata program itu bukan hanya untuk melahirkan generasi cemerlang akademik, tetapi juga pemimpin masa hadapan yang mempunyai kesungguhan tinggi untuk berjaya dunia dan akhirat.

“Mereka akan menjadi insan yang pandai, tetapi kepandaian itu adalah berdasarkan al-Quran dan sunnah,” katanya ketika merasmikan Kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Kolej PERMATA Insan yang terletak di kawasan seluas 4.8 hektar, menerima 48 pelajar perintis pada 17 Januari tahun lalu dan kini mempunyai 113 pelajar. Najib berkata, Program PERMATA Insan juga cukup kena dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat dunia.

Katanya, ini dilakukan dengan memberi penekanan kepada penguasaan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

“Saya dapati pelajar kolej ini mempunyai penguasaan hingga tiga dan empat bahasa serta mengikuti sistem pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi,” katanya. Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada Program PERMATA Insan yang melahirkan insan yang menguasai ilmu ukhrawi dan duniawi.

Sumber: Berita Harian

Nine school food poisoning victims discharged

 

IPOH: Nine SM Sains Tapah students who were down with food poisoning on Sunday have been discharged from Tapah Hospital.

Perak health director Datuk Dr Juita Ghazalie said there were still 26 students being treated at the hospital.

The nine discharged students were brought back to the school and would stay in the sickbay for observation.

It was reported that 43 students and a teacher, aged between 13 and 50, came down with stomachache, vomiting and diarrhoea after supper on Sunday.

Apart from those who were admitted to Tapah Hospital, one student was sent to a private hospital and the others were treated at the school’s sickbay.

The teacher was given medication and sent home to recuperate.

Dr Juita said food samples taken from the school kitchen had been sent for testing and the report should be out between five and seven days.

“We took clinical samples from the affected students, food samples from the kitchen and swabs from the utensils and food handlers.

“The report on the findings will be sent to the school authorities and the district education department for further action,” she added.

Since January, three hostel canteens in Perak have recorded food poisoning cases.

On March 4, 103 people were struck with food poisoning after eating food at a stall in Siputeh, near Batu Gajah. One of them died after 19 days in hospital.

 

Source: The Star

Tapah schoolkids struck by food poisoning discharged from hospital

43 MURID KERACUNAN

TAPAH 04 APRIL 2016. (FOR ALL) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (kanan) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie (kiri) melawat salah seorang murid yang dimasukkan ke hospital akibat keracunan di Hospital Tapah. STR/ASRIZAL ARIS

 

POH: Eight of the 32 Sekolah Menengah Sains Tapah students who were hospitalised after being struck by food poisoning on Sunday, were discharged at 11am today.

State Health director Datuk Dr Juita Ghazalie said the rest are still being treated at the Tapah Hospital. “They were brought back to SM Sains Tapah by school representatives,” she said in a statement today.

Dr Juita said another 24 students are also recuperating at the school’s sick bay. “A team from the Tapah medical clinic has assessed the conditions and progress of the students at the sick bay this morning.

“They are improving and none require referral for admission,” she said. On Sunday, 43 students and a teacher from the school were rushed to hospital for food poisoning.

They had a bout of diarrhoea and vomiting after they ate roti jala and chicken curry for supper at the school’s dining hall the night before. Dr Juita said the Health Department has also taken clinical samples from students affected by the food poisoning incident.

She said they also took food samples from the school kitchen while swabs from the kitchen utensils and food handlers were also taken. “We expect results of these samples to be ready in five to seven days,” she said.

Source: New Straits Times

Nat’l Service 2.0 to enable students to hone technical skills

NSTP

MELAKA 03 APRIL 2016. ( MM598L ) Kompeni Delta bergambar kenangan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A Famosa. STR/NAZRI ABU BAKAR

 

KUALA LUMPUR: The National Service training programme 2.0 (NS) focuses on giving opportunities to students who are academically lacking to boost their career options for the future.

The training programme would stress on providing skills training to prepare the students for local industries. National Service Training Department (JLKN) director-general Datuk Mohamed Asri Yusof said the selection of trainees is voluntary-based and is also based on students’ Sijil Pelajaran Malaysia trial examination results.

“Schools are given the authority to do the selections and to suggest candidates for us. The selection this time is based on their academic performance.

“However, this doesn’t necessarily mean that students who are selected are not good academically. It simply provides an avenue for them to explore a possibility of careers in the technical field,” he said during the visit to Balai Berita today.

Asri said that the department is working with 10 ministries and has identified a total of 400 skills training institutes to accommodate the trainees upon completion of the training.

The new NS training which began on March 26 consists of two phases namely ‘Integrated Learning Model’ in phase 1 and ‘Technical Skills Training’ in phase 2.

Phase 1 involves eight modules which are Fit4life, Tech and Talk, Malaysiaku, Be Safe and Be Alert, iUpgrade, Spirituality, Service Learning and MyFuture. “The training programmes will only take eight weeks instead of the previous 12 weeks.

Each module would take one week to complete. “Under Phase 2, trainees who have succeeded their training in phase 1 will be placed in skills training institutions operated by the Youth and Sports Ministry, among them the National Youth Skills Institute, community and technical colleges,” he said.

Source: New Straits Times