Jerebu: 83 sekolah di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu ditutup esok

TINJAUAN JEREBU / KOTA KINABALU

KOTA KINABALU 04 APRIL 2016. Tinjauan keadaan jerebu yang melanda sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Index Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan adalah 68 iaitu pada kadar sederhana sekitar jam 1 petang. STR/MOHD ADAM ARININ

 

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah sebentar tadi mengumumkan 83 sekolah di daerah Beaufort, Papar dan Kuala Penyu akan ditutup esok, berikutan jerebu kesan daripada kebakaran terbuka.

Pemangku Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul, berkata penutupan itu membabitkan 22,782 murid dan pelajar.

Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, katanya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Beaufort pada jam 6 pagi tadi melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.

“Jika ada sekolah lain di tiga daerah itu yang terjejas akibat jerebu, pihak sekolah boleh mengambil keputusan menutup sekolah dengan memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian