YPC fokus sains, matematik untuk pelajar sekolah angkat

04 April 2016 12:31 AM

Guru Cemerlang Matematik, Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada Guru Cemerlang Matematik, Alima Ahmad memberi tunjuk ajar kepada peserta seminar Kecemerlangan PT3 subjek Sains dan Matematik di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yayasan Pendidikan Cheras menggunakan strategi lautan biru untuk membuka minda dan daya fikir pelajar di 37 sekolah angkatnya iaitu dengan memberi fokus terhadap penguasaan subjek Sains dan Matematik.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, dua subjek ini penting bukan sahaja untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) malah demi kerjaya masa depan mereka.

“Penerapan ilmu sains dan matematik dari peringkat awal dan secara berterusan akan dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang tersebut sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan berfokus untuk belajar,” katanya.

YPC menganjurkan Seminar Kecemerlangan Sains dan Matematik yang melibatkan 500 pelajar tahun enam dan tingkatan tiga sekolah angkatnya di Kolej Antarabangsa YPC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar ini merupakan kesinambungan terhadap beberapa program pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan 2016.

Objektif utama seminar adalah bagi memupuk minat pelajar, aplikasi konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan memahami kaedah efektif untuk cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.

Seminar dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu ini dikendalikan guru cemerlang subjek berkenaan.

Sumber:  Utusan Malaysia Online

– See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/ypc-fokus-sains-matematik-untuk-pelajar-sekolah-angkat-1.208376#sthash.OeJNhDCa.dpuf

%d bloggers like this: