Pesta buku galak budaya membaca  

04 April 2016 12:32 AM

P.Kamalanathan (dua dari kiri) menerima replika cek bernilai RM333,000 P.Kamalanathan (dua dari kiri) menerima replika cek bernilai RM333,000 untuk sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor daripada van Hoe (dua,kanan) selepas merasmikan program Jelajah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di SMK Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor, baru-baru ini. Yang turut hadir Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Abd Wahab Ibrahim (kiri). -foto BERNAMA

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menyarankan agar membaca buku dijadikan amalan setiap pelajar dan guru di negara ini.

Menurut beliau, budaya membaca buku perlu dipupuk sejak kecil dan dikekalkan sehingga dewasa untuk memperoleh ilmu pengetahuan agar kita setanding dengan masyarakat di negara maju.

“Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) adalah satu pusat sehenti yang dapat membantu membudayakan amalan membaca,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program jelajah PBAKL 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor, baru-baru ini.

Program jelajah ini bertujuan mempromosikan PBAKL 2016 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor dari 29 April hingga 9 Mei ini.

Sebelum ini, PBAKL diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) namun edisi ke-35 tahun ini diadakan di MAEPS demi keselesaan pengunjung dan pempa­mer.

PBAKL 2016 adalah pesta buku terbesar negara yang menghimpunkan 800 pempamer termasuk dari luar negara seperti Arab Saudi, Jepun dan China.

Bagi mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung, jumlah yang sama seperti tahun lalu, penganjur PBAKL menyediakan kemudahan pengangkutan dari lokasi terpilih ke tapak pesta.

Maklumat terperinci boleh diperoleh di www. kualalumpurbookfair.my.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Kamalanathan menerima sumbangan buku bernilai RM333,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif PNI Neuron, Datuk Dr Ivan Hoe untuk sekolah-sekolah di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Sumber:  Utusan Malaysia Online

– See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pesta-buku-galak-budaya-membaca-1.208380#sthash.xgANxSrj.dpuf

%d bloggers like this: