Pegawai Kadet Remaja Sekolah Wilayah Persekutuan terima tauliah – See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pegawai-kadet-remaja-sekolah-wilayah-persekutuan-terima-tauliah

Pegawai KRS dan TKRS Wilayah Persekutuan bergambar beramai-ramai

Pegawai KRS dan TKRS Wilayah Persekutuan bergambar beramai-ramai selepas tamat majlis pentauliahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seramai 156 orang dalam kalangan pegawai jabatan pendidikan, jurulatih, pengetua dan guru besar sekolah Wilayah Persekutuan menerima pentauliahan pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS) peringkat negeri yang diadakan di Dewan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Datuk Ahmad Tajudin Jab merasmikan majlis yang memberi tauliah dan kenaikan pangkat kepada pegawai terbabit kerana usaha dan semangat mereka dalam meningkatkan prestasi KRS serta TKRS.

Pentauliahan ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dan menjalinkan silaturahim sesama pemimpin KRS dan TKRS di semua peringkat di samping mendorong mereka ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.

Selain itu, objektif program pentauliahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan pemimpin KRS dan TKRS tentang protokol dan etika berpakaian.

Pada masa yang sama, program seperti ini memberi peluang dan pendedahan kepada pemimpin KRS dan TKRS dalam mengendalikan aktiviti di samping dapat meningkatkan kemahiran dan keilmuan dalam pelbagai bidang kokurikulum.

 

Sumber: Utusan Malaysia

%d bloggers like this: