43 pelajar, guru dikejarkan ke Hospital Tapah disyaki keracunan makanan

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Mah Hang Soon. – Foto Muhaizan Yahya

TAPAH: Seramai 43 pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Sains Tapah di sini, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan, semalam. Semua mereka mengalami muntah, cirit-birit dan sakit perut selepas disyaki memakan roti jala serta kuah kari ayam yang dipercayai tercemar di dewan makan sekolah itu pada malam kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Mah Hang Soon, berkata seramai 33 pelajar membabitkan 21 lelaki dan 12 perempuan ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan selanjutnya, manakala selebihnya dibenarkan pulang ke asrama sekolah terbabit. “Kami bukan saja melawat pelajar yang keracunan makanan, malah turut membuat tinjauan ke dapur dewan makan sekolah itu dan mengarahkan pengusaha menutup dapur berkenaan selama 14 hari sementara menunggu keputusan sampel makanan itu diuji. “Untuk sementara ini, pihak sekolah akan membekalkan makanan kepada pelajar daripada katering di luar sekolah ini. Sebenarnya sekolah ini pernah mengalami kes sama pada tahun 2013 dan pengusaha dewan makan ketika itu ditamatkan kontrak,” katanya.
Sumber: Berita Harian