SMK Kempas terpilih sekolah Showcase Microsoft

image (8)

Md. JAIS SARDAY (kiri) berkomunikasi dengan seorang guru menggunakan aplikasi Skype selepas merasmikan Program Sekolah Showcase Microsoft di SMK Kempas, Johor Bahru, Johor, semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL

 

JOHOR BAHRU 31 Mac – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas di sini terpilih sebagai sekolah ali­ran perdana bagi melaksanakan program Sekolah Showcase Microsoft yang dianjurkan syarikat perisian terkemuka dunia, Microsoft.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangu­nan Usahawan dan Koperasi ne­ge­ri, Md. Jais Sarday berkata, se­­kolah itu terpilih kerana prestasi dan minat yang tinggi dalam meng­ap­likasikan teknologi dalam kaedah pengajarannya.

“Prestasi SMK Kempas adalah semakin cemerlang dengan me­nunjukkan gaya kepim­pinan menerusi perancangan strategik yang jelas untuk menambah baik prasana sekolah terutamanya ke­leng­kapan teknologi masa kini.

“Program Sekolah Showcase Microsoft merupakan satu proses pendidikan abad ke-21 yang inovatif dengan menggunakan bantuan teknologi yang merentasi kurikulum dan ko-kurikulum sekolah,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Show­case Microsoft di sekolah ber­kenaan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Pe­nglibatan Guru Microsoft Malaysia, Lai Li Kuan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan negeri, Datin Che Nor Madiah Che Abas dan Pengetua SMK Kempas, Ande Noor Munawar Bachok.

Md. Jais berkata, menerusi program seumpama itu para pendidik dan pelajar dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baharu dengan menggunakan teknologi dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Perisian Office 365 mengan­dungi pelbagai aplikasi seperti Skype, One Note, Minecraft, sway dan banyak lagi digunakan untuk berhubung antara pelajar dalam sekolah yang sama atau sekolah berlainan termasuk pelajar dari luar negara,” katanya.

Menurut beliau, para pelajar menggunakan aplikasi ini untuk berhubung antara satu sama lain dalam berkongsi maklumat dan informasi, bertukar-tukar pandangan tanpa kekangan biarpun berada pada jarak yang jauh.

Sumber: Utusan Malaysia

%d bloggers like this: