Sekolah di Kedah, Perlis tutup esok

NEWS

 

GEORGETOWN: Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup mulai esok, akibat cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius yang dicatat hari ini, susulan fenomena El Nino.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekolah di Perlis diarah tutup dua hari manakala sekolah di Kedah hanya sehari.

“Arahan terbabit terpakai bagi semua pelajar manakala guru dan kakitangan bertugas seperti biasa.

“Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) tidak perlu diganti,” katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian