Larangan bawa jam belum muktamad – Mahdzir

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kanan) bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shaari Osman (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad (dua dari kiri) hadir dimajlis perasmian bangunan baharu dan bangunan warisan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang. – Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan belum memuktamadkan keputusan berhubung larangan membawa masuk jam tangan digital ke dalam dewan peperiksaan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu akan dibincangkan di semua peringkat secara terperinci. Katanya, ia akan dimuktamadkan sebelum musim peperiksaan bermula. “Kementerian masih menunggu maklum balas lanjut daripada pihak berkaitan berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) bersalaman dengan murid-murid ketika hadir dalam program majlis perasmian bangunan baharu dan bangunan warisan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang. – Foto Ramdzan Masiam

Sumber: Berita Harian