Kementerian Pendidikan belum terima laporan kes gunting lidah

P KAMALANATHAN / MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI PENDIDIKAN II

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh berhubung kes seorang murid di Klang, Selangor yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri, minggu lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan, berkata pihak sekolah sudah diarah menghantar laporan secepat mungkin.

“Setakat ini, laporan belum diterima bagi membolehkan kita mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita perlu melihat laporan penuh pihak sekolah dan polis sebelum bertindak terhadap mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi. Khamis lalu, media melaporkan seorang murid Tahun

Dua cedera selepas dikatakan dipaksa menggunting lidah oleh beberapa murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Klang, Selangor.

Sumber: Berita Harian