Penutupan sekolah di Kedah, Perlis diputuskan esok

MENTERI Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid. – Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Keputusan penutupan sekolah di Kedah dan Perlis akan dibuat esok selepas pemantauan tiga hari dilakukan. Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid, berkata dua negeri berkenaan kini mencatat suhu lebih 39 darjah Celcius dan keputusan akan dibuat selepas perkembangan esok. “Ketika ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada aktiviti luar bilik darjah dibenarkan berikutan cuaca panas. “Kita ada Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan perlu merujuk kepada mereka,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Sumber: Berita Harian