Decision on schools today

 

KOTA BARU: The Education Ministry will announce today whether schools in certain areas of the country will be closed due to the hot weather, even as the haze level continues to rise in the Klang Valley.

Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said his ministry was monitoring the hot weather situation and on Saturday, it was found that Kedah and Perlis recorded temperatures as high as 39.2°C.

The ministry will decide whether schools in certain areas should be closed if the temperature continues to rise above 39°C without any sign of dropping.

Speaking to reporters after attending a gathering with principals and headmasters of schools in Kelantan yesterday, Mahdzir said a special committee at the ministry level chaired by Education director-general Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof would make a decision on the closure of affected schools.

He said he had already issued a directive for all activities outside the classroom to be stopped due to the extremely hot weather.

Malaysia is now experiencing hot and dry weather caused by the El Nino phenomenon and the Malay­sian Meteorological Depart­ment has predicted that the situation will only end in May or June.

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Madius Tangau said the higher than usual temperatures were due to El Nino and not the March Equinox which occurred yesterday.

Yesterday’s Equinox event oc­­curred when the sun shone directly over the Equator.

angau also attributed the haze in the Klang Valley to the dry weather, open burning and local bush fires.

On another matter, concerning a solution to the issue of married teachers living away from their spouses, Mahdzir said the ministry was resolving this in stages.

He said the issue was resolved for 2,000 teachers last year, and 560 teachers up to this month.

The ministry has received 7,000 applications for transfers from teachers who wished to stay close to their spouses, he added.

On the ban on watches being taken into examintaion halls by candidates taking the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 and the Malaysian University English Test, Mahdzir said he would seek a report on the matter from Malaysian Examination Council chief executive Dr Jamil Adimin.

Yesterday, Dr Jamil was reported as saying that the prohibition on wristwatches in examination halls was aimed at preventing misconduct by candidates. — Bernama

Sumber : The Star

 

Advertisements

National Tahfiz Education Policy to be introduced

 

KUALA LUMPUR: The government will introduce the National Tahfiz Education Policy, aimed at expanding Islamic learning and understanding, while eradicating the influence of extremist notions of the religion. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the policy would enable tahfiz education centres throughout the country to be given sufficient space to expand. “I also want the proposals towards the formation of this policy to be drawn up with input from all the tahfiz madrasahs throughout the country,” said Najib. “This is to ensure that this isn’t just a government policy, but one that is born from the needs and requirements of these madrasahs.” He was speaking after launching the National Organisation of Al Quran Tahfiz Associations (PINTAR) at the Federal Territory Mosque here. Also present was Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom. “This is not just to ensure that the country is an Islamic nation that embraces the holyness of Islam. “We also want to eradicate all notions of extremism which present themselves as Islam but are not part of this religion,” said Najib. Najib also announced a government grant of RM10,000 to each state affiliate of PINTAR, while Yayasan 1MDB will sponsor 10 representatives of PINTAR to perform the Haj this year.

Sumber : News Strait Times

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/03/133946/national-tahfiz-education-policy-be-introduced

Cuti sekolah tidak disambung: Mahdzir

MENTERI Pendidikan, Mahdzir Khalid. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menafikan cuti persekolahan di Johor, Melaka, Selangor, Kelantan, Pahang dan Terengganu disambung sehingga 22 Mac. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pengumuman itu tidak pernah dikeluarkan pihak kementerian. “Ia tidak benar dan tiada arahan seumpamanya dikeluarkan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam akaun Facebook (FB) miliknya. Beliau mengulas mengenai dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung cuti sekolah persekolahan di negeri terbabit disambung berikutan cuaca panas.

Sumber: Berita Harian

Hentikan aktiviti luar sekolah: Mahdzir

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah menghentikan aktiviti luar kelas memandangkan cuaca panas. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata surat pekeliling sudah dikeluarkan kepada semua sekolah sejak minggu lalu. Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebar maklumat tidak benar mengenai penutupan sekolah kerana boleh menimbulkan kekeliruan. “Kita tidak mengeluarkan arahan mengenai penutupan sekolah dan sesi persekolahan bermula esok berjalan seperti biasa. “Isu cuaca panas sama seperti jerebu sebelum ini dan kita ada Jawatankuasa Khas peringkat kebangsaan yang dianggotai beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. “Sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah perlu dibuat bersama,” katanya pada sidang media, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Kerajaan tak mansuh biasiswa JPA – Azalina

AZALINA menerima cenderahati daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Taufik Nordin (dua dari kanan) ketika hadir di program santai bersama pelajar UMS di Dewan Bankuasi UMS, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Malai Rosmah Tuah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak pernah memansuhkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata bagi tahun 2016, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.65 bilion bagi menanggung penuntut menerusi biasiswa itu. “Jelas menunjukkan yang kerajaan tidak pernah mengetepikan soal pendidikan, justeru itu, saya berharap semua pihak tidak mempolitikkan isu ini dan mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau menjelaskan demikian berikutan laporan berita bertajuk “Kerajaan jimat RM240 juta setahun pembatalan biasiswa” yang mendapat reaksi banyak pihak. Azalina berkata walaupun kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat penjimatan RM240 juta daripada langkah itu, namun penajaan untuk penuntut terlibat tetap diteruskan. Penajaan itu bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi di dalam negara seperti yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lalu. Azalina berkata kerajaan masih meneruskan penajaan menerusi biasiswa tajaan JPA kepada seramai 49,060 penuntut yang terdiri daripada 41,324 penuntut di dalam negara dan 7,736 penuntut di luar negara. “Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai pihak,” katanya. Beliau berkata kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai Program Tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Sekolah diarah bekal air minuman mencukupi

PENGARAH Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin merasmikan Majlis Pembukaan dan Pemusatan Pelajar Tingkatan Enam Mod 2 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, pagi tadi. – Foto Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Semua sekolah di negeri ini diarah menyediakan bekalan air minuman untuk pelajar sebagai persediaan menghadapi cuaca panas melampau yang dijangka mencapai waktu kemuncak tengah hari ini. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata ia termasuk menyediakan bekalan air minuman dan memastikan mesin penyulingan air bersih yang ditempatkan di sekolah berfungsi. Katanya, pihak sekolah juga diminta bersiap sedia dengan span basah bagi pelajar menyejukkan tubuh jika berlaku peningkatan suhu. “Walaupun sesi persekolahan di negeri ini diteruskan seperti biasa, aktiviti luar kelas seperti pendidikan jasmani dihentikan sehingga cuaca kembali normal. “Saya akan meninjau perkara ini bersama pegawai JPNT bagi memastikan arahan dijalankan dengan baik,” katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan dan Pemusatan Pelajar Tingkatan Enam Mod 2 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, di sini, pagi tadi.

Sumber: Berita Harian

Penutupan sekolah di Kedah, Perlis diputuskan esok

MENTERI Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid. – Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Keputusan penutupan sekolah di Kedah dan Perlis akan dibuat esok selepas pemantauan tiga hari dilakukan. Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid, berkata dua negeri berkenaan kini mencatat suhu lebih 39 darjah Celcius dan keputusan akan dibuat selepas perkembangan esok. “Ketika ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada aktiviti luar bilik darjah dibenarkan berikutan cuaca panas. “Kita ada Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan perlu merujuk kepada mereka,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Sumber: Berita Harian