Top students left in the dark

Wednesday, 16 March 2016

BY ADRIAN CHAN

Disappointing wait: Many are hoping the link to the government bursary programme will be opened soon. Picture posed by models.

Disappointing wait: Many are hoping the link to the government bursary programme will be opened soon. Picture posed by models.

Alyaa Adibah Idris, 18, a 9A+ scorer for SPM 2015, was ecstatic that she was eligible to apply for the Government’s Bursary Graduate Programme but was soon left dejected when she found out that it was not opened yet.

“It is disappointing. I slept less than four hours every day to study hard because I wanted to pursue a medical degree overseas,” said the former SMK Seri Puteri student.

Since 2012, students who received 9A+ for SPM are automatically eligible to receive the national bursary, and later a scholarship by the Public Service Department to pursue their studies overseas.

However, the Internet link to apply for the bursary, which is usually opened via the ministry’s website once SPM results are announced, is still inaccessible.

Alyaa may need to seek financial support elsewhere, though she still hoped that the link would reopen soon.

Sarah Tan, 18, who scored 11A+ in last year’s SPM, would check the ministry’s website every night.

Her father, Peter Tan, 56, who owns a car workshop, said her daughter’s anxiety kept her awake at night.

“She is a bright girl and yearns to become a doctor.

“But without a scholarship, I do not think her dream nor mine could be fulfilled.

“I wish to see her return and contribute to the country’s progress,” he said.

Earlier this year, 744 SPM 2013 bursary recipients who were supposed to be sent overseas to continue their studies would now have to study locally in public or private institutions of higher learning.

The top 20 SPM students, however, can still proceed with the bursary programme at leading universities abroad.

The announcement was made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as part of his recalibrated Budget 2016.

One of the affected scholars is See Pei Woei, 20, who has to do her degree in medicine at Monash University, Malaysia.

See conceded that to get a scholarship to study for medicine, pharmacy or dentistry elsewhere was “extremely difficult”, even if they got straight As, and that was why she decided to continue with the programme, instead of going overseas at her own expense.

“I’d suggest juniors from less financially capable homes to take STPM and enter public universities,” she said.

Out of the 440,682 SPM candidates last year, 9,721 (2.38%) scored straight As (either A+, A or A-).

However, no official figures were revealed on the number of students who scored 9A+ and above.

https://pspbtp.wordpress.com/2016/03/16/top-students-left-in-the-dark

Advertisements

Wanita Perancis, 91, dapat PhD selepas 30 tahun

Colette Bourlier

BESANCON, Perancis: Seorang warga emas berusia 91 tahun menjadi antara wanita tertua di Perancis mendapatkan PhD selepas menyiapkan tesis yang dimulakannya sejak tiga dekad lalu. Colette Bourlier dianugerahkan penghargaan tertinggi untuk kerja beliau dari Universiti Franche-Comte dekat Besancon, timur Perancis. “Ia mengambil sedikit masa untuk menulis kerana saya mengambil cuti rehat,” kata Bourlier yang mengambil masa lama untuk menyiapkan karya beliau. Tesis itu bertajuk “Pekerja asing di Besancon pada separuh kedua abad ke-20.” Ia ada kaitan dengan pengalaman beliau sendiri sebagai guru program celik ilmu untuk pendatang di bandar Perancis timur. Beliau tertarik untuk mendapatkan PhD selepas bersara pada 1983. Biasanya, PhD di Perancis disiapkan dalam masa tiga tahun, tetapi Bourlier adalah seorang pelajar yang sangat terperinci, kata profesor beliau, Serge Ormeaux. “Dia mungkin satu-satunya orang yang tahu mengenai aspek itu secara terperinci. Kajian beliau turut disokong dengan analisis statistik.” – AFP

Sumber: Berita Harian

Peranan NGO terhadap teori relativisme

DISEDARI atau tidak, penyebaran faham hak asasi yang bersandarkan kefahaman manusia, sudah berada dalam arus perdana. Penyebarannya semakin keras dan deras. Tidak ada yang salah mengenai hak asasi. Ia adalah keperluan asas setiap individu. Namun, ia menjadi salah jika tiada elemen ketuhanan dan hanya mementingkan kehendak manusia. Perlembagaan kita merangkum hak asasi di bawah tajuk kebebasan asasi. Walaupun ada beberapa perbezaan dari segi maksud dan istilah yang digunakan, iaitu ‘kebebasan’ dan ‘hak’, secara dasarnya kita tidak boleh membuat kenyataan umum bahawa Perlembagaan kita tidak menjamin hak asasi. Implikasi kepada peruntukan berkaitan kebebasan asasi sebagaimana ada dalam Perlembagaan itu menjadikan hak asasi perlu dijaga, dijamin dan dilaksana kepada setiap yang berhak mengikut kesesuaian perundangan negara. Berpegang teguh nilai agama Dalam aspek perundangan, negara kita masih berpegang dengan kukuh kepada nilai agama dan budaya dalam hal berkaitan hak asasi. Oleh itu, secara akademik, dalam teori hak asasi, kita menerima pakai teori relativisme, iaitu teori yang menerima elemen tempatan, termasuk agama dan nilai budaya serta moral. Perundangan kita tidak menerima teori universalisme walaupun keinginan untuk segelintir warga kita yang mahukan negara menerima teori universalisme atau sejagat dalam hal hak asasi. Teori universalisme hak asasi mempromosi idea bahawa hak asasi perlu diseragamkan di serata dunia. Di dalam teori universalisme ini tiada penerimaan kepada keadaan setempat; tidak mementingkan kepercayaan ‘agama’; tiada istilah ‘nilai’, ‘norma’ dan budaya. Ia adalah teori ciptaan manusia berdasarkan fikiran dan kehendak sendiri dan hasil pemikiran Barat, membentuk penjajahan Barat ke atas dunia Timur. Dari segi pemakaian, kekuatan teori ini ialah mereka mampu lobi kefahaman mereka pada peringkat antarabangsa. Kerana itu, teori ini dianggap sejagat. Sebahagian besar daripada kita amat maklum bahawa prinsip dan amalan hak asasi Barat adalah ‘bias’ atau tidak adil; segala isi hak asasi itu ditentukan Barat. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan triti berkaitan hak asasi dipengaruhi secara penuh oleh puak Barat. Kuasa veto pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebagai badan pengawas hak asasi juga sememangnya dipelopori Barat. Kini, pada peringkat antarabangsa, sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak terhadap pelaksanaan hak asasi boleh dibentangkan dalam beberapa proses PBB. Walaupun begitu, proses berkenaan tidaklah begitu terbuka dan pihak yang mahu sampaikan pandangan mengenai hak asasi perlu melalui kepayahan melobi sebelum dibenarkan membuat apa-apa pembentangan atau menyampaikan apa-apa cadangan dan pandangan kepada jawatan kuasa berkaitan hak asasi pada peringkat PBB. Sokong perundangan negara Dalam negara, suara kita masih lagi padu menyokong perundangan negara dan masih lagi boleh berhujah dengan teori relativisme. Kita hendaklah berusaha membawa suara ini kepada PBB. Secara teorinya, kita sentiasa boleh berhujah bahawa kita menerima hak asasi dalam konteks relativisme yang mempunyai dua pendirian utama: Pertama, relativisme yang ketat, iaitu tidak ada hak asasi manusia sejagat atau universal. Dan, semua kepercayaan atau agama dan nilai adalah budaya relatif, berkaitan dengan kesesuaian tempatan. Maka hak asasi hendaklah setiap masa bersandarkan kepada kepercayaan dan nilai tempatan. Dalam teori relativisme yang kedua, ia lebih longgar daripada yang pertama. Relativisme ini menerima prinsip hak asasi sejagat, tetapi pada masa sama menerima kemungkinan adanya persamaan dan perbezaan antara nilai tempatan dengan nilai sejagat. Dengan itu nilai tempatan diberikan tempat dalam menerima dan melaksana hak asasi, tetapi pada masa sama meraikan kesejagatan prinsip hak asasi. Kita mungkin boleh berhujah menggunakan kedua-dua aspek dalam teori relativisme ini untuk Malaysia pada peringkat PBB. Namun, kita perlu lalui proses melobi di PBB dan dari segi realitinya ia amat sukar. Oleh itu peranan badan bukan kerajaan (NGO) yang percaya kepada teori relativisme ini amat besar. Usaha ini hendaklah dijana dengan lebih berkesan; kita perlu ke peringkat PBB. Tidak lagi memadai untuk kita sekadar bersuara dalam negara dan kita hendaklah bersatu dan belajar mencontohi antara satu sama lain. Penulis ialah Profesor Madya Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Sains Islam Malaysia (UIAM)

Sumber: Berita Harian