Guru ‘belasah’ murid tidak patut berlaku

SHAH ALAM 6 Mac – Kementerian Pendidikan kecewa dengan insiden murid dipukul oleh seorang guru hanya kerana lambat dan mengubah suai basikal di sebuah sekolah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Rabu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana berten­tangan dengan prosedur pihaknya.

“Saya telah dimaklumkan berhubung perkara itu semalam dan saya amat kecewa kerana ia tidak sepatutnya berlaku lagi.

“Apa pun situasinya, saya tidak rasa guru perlu mengambil tindakan seperti itu (pukul) muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Hala Tuju Peluang Pendidikan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang disempurnakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan, seorang murid darjah enam, Khairul Najwan Jamsari, 12, mendakwa dicekik, ditumbuk dan dipijak oleh seorang guru penolong kanan hanya kerana lambat ke sekolah dan menggunakan basikal yang diubah suai sebelum diberi RM2 untuk menutup mulut.

Bapanya, Jamsari Mohammad Hassan, 46, mendakwa, akibat kejadian itu, anaknya lebam pada bahagian leher, kaki kanan dan lutut kiri serta bengkak bahagian muka.

Mengulas lanjut, Kamalanathan memberitahu, guru sepatutnya memberi kaunseling atau memanggil ibu bapa murid yang mempunyai masalah disiplin, bukan memukulnya.

“Jika budak bermasalah, bagi kaunseling dan panggil ibu bapa, itu cara kita tangani.

“Biar saya dapatkan laporan siasatan dulu, selepas itu baharulah tindakan susulan akan diambil,” jelasnya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guru-8216-belasah-8217-murid-tidak-patut-berlaku-1.197910#sthash.BuQEkMTp.dpuf

Advertisements

Sekolah, PPD selesaikan kes guru didakwa cekik, pijak murid

PADANG TERAP 6 Mac – Kementerian Pendidikan meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda dan pihak sekolah menyelesaikan secara harmoni, kes guru didakwa mencekik dan memijak seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di Sungai Petani, Rabu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menye­rahkan kepada PPD dan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu termasuk mengatur pertemuan dengan keluarga murid.

“Apa yang terbaik adalah selesaikan secara harmoni iaitu menerusi pertemuan guru dan ibu bapa murid terbabit dengan kehadiran guru besar sebagai perantara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Telaga Tiub di Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Sidiqiah, Padang Kerasak Naka Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kejadian seorang murid tahun enam yang cedera dan lebam pada leher dan kaki didakwa akibat dicekik dan dipijak seorang guru di sebuah sekolah di Sungai Petani pada Rabu lalu.

Murid itu mendakwa diperlakukan sedemikian oleh seorang guru yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu kerana tindakannya membawa basikal yang diubah suai ke sekolah.

Tambah Mahdzir, kementerian tetap memandang serius perkara itu dan akan mendapatkan laporan berhubung kes tersebut termasuk langkah penyelesaian sebagai tindakan lanjut.

– See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/sekolah-ppd-selesaikan-kes-guru-didakwa-cekik-pijak-murid-1.197941#sthash.4pUEKzim.dpuf

yang-di-pertuan-agong-wants-malaysian-education-to-reach-the-next-level

TUANKU ABDUL HALIM

KUALA LUMPUR 07 MARCH 2016. Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13 bagi Penggal Keempat di Dewan Rakyat. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Efforts must be made to enhance the quality of Malaysian education to be on par with the best in the world.

Sounding the call for this today, the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah said there are already a host of programmes in place to propel Malaysian education to the next level.

“The implementation of the Malaysia Education Development Plan (2013 to 2015) is now in its second stage starting this year until 2020.

“Programmes such as the Chief Executive Faculty Programme implemented under the Malaysia Education Development Plan 2015 until 2025, is hoped to produce a holistic human capital that will increase the employability of graduates,” he said during his address in parliament today.

He said the government can ensure that students’ interest would be maintained in science, technology, engineering and mathematics so that human capital development is not derailed in efforts to strengthen the country’s high impact development.

“In an bid to strive to be a high-income developed country, Malaysia has no choice but to make science, technology and innovation as the core of economy’s development.”

Source :New Straits Times

Lepasan SPM: Politeknik tawarkan 24,000 tempat

image.jpg

MOHLIS JAAFAR (kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum, Hanis Shazwani Hazmin sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu di Kota Bharu, Kelantan, semalam. 

KOTA BHARU 7 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi menawarkan kira-kira 24,000 tempat untuk kemasukan pelajar ke politeknik di seluruh negara untuk sesi Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, pihaknya mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti lebih 66 program pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.

“Kita menawarkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dan ditempatkan di tiga Politeknik Premier, 25 buah Politeknik Konvensional dan lima Politeknik Metro.

“Mana-mana lepasan SPM yang ingin memohon boleh melayari laman web politeknik untuk melihat kelayakan serta memilih bidang yang diingini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) Kali Ke-29 bagi sidang 1, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah PKB, Noor Azahan Othman.

Pada majlis konvokesyen kali ini, PKB berjaya menghasilkan seramai 1,874 graduan daripada empat jabatan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Perdagangan.

Mohlis berkata, sehingga kini, politeknik sudah mempunyai sebanyak 98,000 pelajar di seluruh Malaysia dan dijangka mencapai 100,000 pelajar menjelang tahun 2020 bagi memenuhi kehendak industri.

Dalam pada itu, beliau berkata, kira-kira 80 peratus lulusan politeknik pada tahun lalu berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang masing-masing selepas enam bulan menamatkan pengajian.

“Ini membuktikan lulusan politeknik memenuhi kehendak pasaran kerja malah ada di antara mereka menjadi usahawan dan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi yang lain,” katanya.

 

Sumber : Utusan Malaysia

Student moved to score 7As by teacher

main_ax_0803_P18a_36p_ax_1

Pride and joy: Phugeneswaran being congratulated by his parents Kanniappan Munusamy (right) and Wigenesuri Kanapathy at his school.

KUALA LUMPUR: Seeing tears of joy on his teacher’s face when he scored an A for Science two years ago is the driving force behind a student’s string of 7As in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) exam.

K. Phugeneswaran was so moved by his teacher’s reaction to his only A in the Penilaian Menengah Rendah test that he harnessed it as his motivation to study hard.

“From then on I wanted to make all my teachers happy,” said the former SMK Seri Bintang Selatan student.

But it wasn’t easy for the boy because there is no water and electricity in his house as his parents are too poor to provide that comfort.

So the boy, the eldest of five children, studied and slept in the school canteen or the assembly area for two years.

His father is a school clerk while this mother is a security guard at another school.

Two months before the SPM examination, Phugeneswaran took up a part-time job as a pizza maker in a supermarket to pay for books for extra classes and tuition.

“My teacher Puan Raja Faziatul Hanim Raja Azie also stayed after school hours to tutor me.

“I want those who are poor to know that as long as you have the will to do well, you can do it,” he said, adding that he wants to become a lawyer.

Raja Faziatul said Phugeneswaran was well-mannered and always came to class neatly dressed with his school shirt tucked in.

“Even when he was bullied by the other kids, he smiled. He was never seen pitying himself despite his difficulties,” she said.

“Most of the teachers knew about his situation and wanted to help him with money but he never accepted because he didn’t want to trouble us.”

She said it was a testimony to his strength and will to succeed.

Another teacher, Salina Abdul Manaf, said Phugeneswaran was the only student who went looking for all his teachers to thank them after he received his results last week.

His story went viral on Facebook when teacher Zaireen Zainal Abiddin posted it and it was shared more than 7,000 times.

Source :The star