Semua guru digesa manfaatkan Tutor

MUSBAH JAMLI (sepuluh dari kiri) menyerahkan replika tajaan Tutor

MUSBAH JAMLI (sepuluh dari kiri) menyerahkan replika tajaan Tutor kepada Suid Hanapi (empat dari kanan) sempena majlis penyerahan Tutor sekolah-sekolah dalam DUN Tempasuk di Dewan Terbuka Datuk Musbah, Kota Belud, Sabah, semalam. UTUSAN/MABULMADDIN SHAIDDIN

Semua guru besar dan guru di daerah ini digesa memanfaatkan sepenuhnya sisipan akhbar pendidikan Tutor, Utusan Malaysia sebagai alat tambahan mengajar di sekolah masing-masing.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, hal ini kerana sisipan Tutor mempunyai kelainan berbanding bahan rujukan lain dari segi reka bentuk dan instrumen selain kepelbagaian konsep latih tubi.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, kepelbagaian konsep latih tubi dan pene­rangan nota-nota ringkas sesuatu topik berupaya menambah pemahanan murid mahupun pelajar kepada mata pelajaran tersebut.
“Saya tertarik dengan akhbar pendidikan Tutor apabila mendapat tahu sisipan ini telah melonjakkan prestasi pendidikan di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.
“Sehubungan itu, saya terpanggil untuk menaja akhbar ini demi pendidikan anak-anak kita di DUN Tempasuk,” katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan akhbar Tutor sekolah-sekolah di DUN itu di Dewan Terbuka Datuk Musbah, di sini hari ini.
Yang turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Anjan Ruddin dan Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Sabah, Celestina Ubing dan Pengetua SMK Taun Gusi, Suid Hanapi.
Dalam majlis itu, Musbah buat julung kalinya menaja RM20,000 bagi membiayai sebanyak 24,491 naskhah sisipan Tutor dalam tempoh 19 minggu.
Musbah menambah, tajaan itu diharap memberi manfaat kepada 1,223 murid dan pelajar dari 19 buah sekolah kebangsaan serta dua buah sekolah menengah kebangsaan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, tanggungjawab mendidik para murid dan pelajar di daerah itu tidak boleh diletakkan di bahu pihak sekolah semata-mata sebaliknya memerlukan sokongan ibu bapa serta masyarakat.
“Saya sering mengingatkan bahawa sokongan pelbagai pihak termasuk pejabat pendidikan daerah, ibu bapa dan masyarakat mampu memacu kejayaan sesuatu sekolah dan kecemerlangan para murid serta pelajar.
“Oleh itu, ibu bapa jangan ha­nya bergantung harap kepada para guru tetapi perlu mengambil perhatian kepada prestasi akademik anak masing-masing,” katanya.
Bagi yang ingin menaja Tutor di Sabah, boleh menghubungi Celestina Ubing di talian 012 8020261.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/semua-guru-digesa-manfaatkan-i-tutor-i-1.191754#sthash.iL9anxWm.dpuf