Golongan muda perlu jadi pencipta gajet

TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN (tengah) bersama peserta Kempori Pasukan Beruniform Badan Bukan Kerajaan Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Besut di Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu semalam.

 

BESUT 2 Okt. – Golongan muda perlu menguasai pelbagai ilmu dengan memanfaatkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui bagi membolehkan mereka menjadi generasi pencipta gajet yang dapat membantu meringan dan memudahkan kehidupan seharian.

Ahli Dewan Undangan Nege-ri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, dengan sumber air, angin dan suria yang banyak terdapat di negara ini telah memberi satu kelebihan kepada generasi muda untuk memanfaatkannya.

Katanya, generasi muda sepatutnya bersyukur kerana kedudukan geografi negara ini telah menganugerahkan sumber tersebut yang mesra alam, namun ia tidak banyak dimanfaatkan untuk kegunaan dan kesejahteraan masyarakat.

“Pada masa ini sumber tenaga tersebut mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan golongan muda perlu menjadi lebih kreatif serta bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan samasa di alam persekolahan lagi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan majlis penutup Kempori Pasukan Beruniform Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Besut di Kem Seri Keluang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Mohd. Yasmin Yusof dan program itu disertai seramai 1,123 pelajar sekolah menengah dan rendah yang mewaki-li pelbagai pasukan unit beruniform.

Tengku Zaihan yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Besut berkata, terdapat banyak gajet yang dibuat oleh pasukan yang menyertai kempori itu tetapi bersifat statik dan tidak meluas penggunaannya.

“Jika gajet dicipta dengan memasukkan unsur-unsur penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, ia akan menjadi lebih kreatif dan memberi banyak manfaat, lebih-
lebih lagi jika dapat dipindahkan ke lokasi yang pelbagai,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, golongan muda perlu melatih diri menjadi individu yang tahan lasak, bersemangat waja dan mampu menghadapi suasana kehidupan yang pelbagai di samping bersedia untuk belajar pelbagai ilmu.

Tambahnya, kempori itu sewajarnya menjadi medan membuka minda agar mereka merasai suasana kehidupan mencabar serta mampu mengikuti latihan kemahiran yang disediakan meskipun serba kekurangan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

%d bloggers like this: