Langkah tepat tangguh wajib lulus Bahasa Inggeris

SEBAHAGIAN daripada 147 calon menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor di Kota Bharu, Kelantan, tahun lalu.

KEPUTUSAN Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga tahun hadapan adalah dialu-alukan dan mendapat sambutan baik daripada semua pihak. Bukan sahaja dalam kalangan ibu bapa malah murid dan guru juga merasa lega dengan keputusan tersebut.

Ini akan memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk membuat persediaan yang lebih rapi bagi menduduki kertas tersebut. Apa tidaknya, kegagalan dalam mata pelajaran itu bermakna mereka tidak akan mendapat sijil SPM walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran lain.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa keputusan LPM itu sudah pasti mempunyai asas yang kukuh untuk menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus tersebut. Tambahnya, ia mengambil kira semua aspek antara lain persediaan guru dan murid bagi menghadapi peperiksaan itu terutama sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut LPM, penangguhan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih baik. Keputusan tersebut dibuat sudah tentu berpandukan kepada penyelidikan dan kajian mendalam melalui data dan maklumat lengkap tentang sejauh mana persediaan sekolah dan guru bagi menghadapi mata pelajaran wajib itu.

LPM juga mengumumkan Peperiksaan Pusat Amali Sains membabitkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dilaksanakan dalam SPM mulai tahun hadapan juga ditangguhkan.

Penangguhan ini bertujuan memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan sebelum peperiksaan itu dilaksanakan. Keputusan ini dilihat adalah memberi keadilan kepada semua calon terutama yang masih belum bersedia kerana kekurangan kelengkapan sekolah khususnya kemudahan makmal sains.

Ternyata semua pihak mengalu-alukan keprihatinan LPM kerana memberi penekanan dari aspek penyediaan kemudahan makmal sains sebelum murid menduduki peperiksaan itu.

Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus bagi peperiksaan SPM mulai tahun 2016 telah dimaklumkan melalui surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2014 bertarikh 18 Disember 2014. Surat Pekeliling itu menjelaskan bahawa Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran ‘Wajib Lulus’ sekurang-kurangnya Gred E untuk melayakkan calon mendapat sijil SPM mulai tahun 2016.

Syarat ini adalah tambahan kepada syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Bagi kemudahan calon peperiksaan, mata pelajaran Bahasa Inggeris juga akan mula diperkenalkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2017.

Sesungguhnya cadangan mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM adalah seiring dengan pelaksa­naan gelombang kedua Pelan Pem­­ba­­ngunan Pendidikan Malaysia 2013­­-2025. Ia bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran bahasa Inggeris bagi membolehkan semua murid dapat menguasai dan berkemahiran menggunakan bahasa tersebut.

Sementara itu, cadangan memperkenalkan Peperiksaan Berpusat Amali Sains dalam SPM adalah satu daripada 15 perakuan dalam usaha menambah bilangan murid aliran sains di sekolah. Lima belas perakuan itu adalah sebahagian daripada 61 perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera yang ditubuhkan oleh pihak kementerian.

Hakikatnya, penangguhan wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Peperiksaan Berpusat Ama­li Sains mempunyai alasan yang kukuh. Apabila kita mempunyai sistem pendidikan yang berpusat maka semua sekolah akan mengikuti kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama.

Ini seolah-olah melaksanakan konsep one size fit all atau dengan kata lain kedudukan semua murid adalah berada di atas permukaan padang yang sama. Melalui sistem pendidikan berpusat ini setiap murid tidak kira di sekolah mana mereka belajar akan mendapat jumlah masa pembelajaran atau jumlah peruntukan jam per minggu yang sama dalam mata pelajaran tersebut.

Dalam keadaan ini sudah tentu murid yang mendapat pendedahan yang banyak dan sering menggunakan bahasa Inggeris sama ada di rumah atau kebanyakan masa seharian akan mendapat kelebihan. Sementara itu, bagi murid yang kurang pendedahan khususnya yang tinggal di luar bandar atau kawasan pedalaman adalah dalam keadaan disadvantage.

Kebiasaannya kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui kekerapan penggunaan dan digunakan secara berterusan sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Inilah cabaran besar yang sering dihadapi oleh guru bahasa Inggeris walaupun mereka terdiri daripada guru terlatih atau guru cemerlang. Latar belakang dan usaha berterusan murid untuk menguasai bahasa itu menjadi faktor utama bagi membolehkan mereka memiliki kemahiran berbahasa.

Namun demikian kita tidak boleh menafikan hasrat murni pihak KPM dengan merangka dasar untuk menjadikan mata pelajaran itu wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Dengan pendekatan ini maka sudah tentu murid dan guru akan berusaha secara serius bagi menguasai bahasa itu.

Melalui kemahiran berbahasa akan memudahkan mereka mengikuti pengajian apabila melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Di samping itu dapat membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan dengan lebih meyakinkan selepas tamat pengajian nanti.

Pada pendapat penulis, penangguhan ini akan memberi peluang kepada murid, guru dan ibu bapa untuk membuat persediaan yang lebih rapi sebelum menduduki peperiksaan nanti. Kita percaya bahawa pihak sekolah dan guru akan memberi perhatian sewajarnya untuk membolehkan murid mereka bukan setakat lulus tetapi cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/langkah-tepat-tangguh-wajib-lulus-bahasa-inggeris-1.130405#sthash.wpkHEG62.dpuf

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

%d bloggers like this: