Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris SPM ditangguh

PUTRAJAYA 19 Ogos – Lembaga Peperiksaan telah menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Penangguhan itu dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, pelajar serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi.

Dalam pada itu, Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan juga ditangguh untuk memastikan kelengkapan makmal sains sekolah di

seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

%d bloggers like this: