Didik pelajar kuasai pengetahuan berasaskan teknologi

 

Generasi baru teruta­manya pelajar perlu di­pimpin supaya mahir mengaplikasikan pe­nge­tahuan yang ber­­asaskan teknologi tinggi, kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Remis, Noor Azman Mohd Noor.

Bagaimanapun, kata­nya, penguasaan itu perlu diimbangi dengan kerohanian yang mantap agar dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan positif dalam setiap tindakan mereka sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan.

“Untuk mencapai hasrat itu, seseorang guru perlu melengkap­kan diri dengan ilmu pengetahuan dan memberi penekanan terha­dap pendidikan yang berkualiti agar modal insan yang dilahirkan cemerlang dari segi sahsiah dan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis meraikan persaraannya di SK Pantai Remis, Perak, baru-baru ini.

Lulusan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah ini pernah berkhidmat di SK Bukit Derah, Hulu Terengganu; SK Sungai Tiram, Lekir; SK Sitiawan; SK Ayer Tawar; SK Permatang Raja dan sejak 1984 di SK Pantai Remis hingga bersara pada usia 58 tahun.

Noor Azman dilahirkan di Kampung Sitiawan, Manjung, Perak pada 2 Mei 1957 dan pernah belajar di SK Kampung Sitiawan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tok Perdana, Sitiawan, Perak.

 

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

%d bloggers like this: