Students urged to use more BM

Spurring on usage: Dr Wee (second from left) launching the National Language Programme for New Villages at SJKC Yong Peng 1, Johor while his wife Lim and the event’s organising chairman Ling Tian Soon (far right) look on.

YONG PENG: Students in Chinese vernacular schools must be continuously exposed to the usage of Bahasa Malaysia so that they will not face a shock when they move onto the secondary level at national schools.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Wee Ka Siong attributed the causes of truancy and dropouts among Chinese students in secondary schools to the difficulties in catching up with lessons due to their poor command of the national language.

“Once we create a suitable environment for the students to be able to speak and write well in Bahasa Malaysia, I believe they will be able to keep up with the class and be inspired to perform well in school,” added the MCA deputy president.

He added that based on statistics from the National Education Blueprint 2013-2015, only 63% of Chinese Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates managed to score credit passes for the subject.

He said that the number was low compared to Malay candidates who obtained 83% but it is because they have been speaking writing in Bahasa Malaysia at home and in their daily life while Indian candidates recorded 57%.

“The 63% is nothing to be proud of and we should bring the percentage to 80% and I believe that the right exposure to the language should start that the SJK(C) level,” he said when launching the national language for new villages programme here on April 10.

Dr Wee, who is also Ayer Hitam MP said that the programme was the first of a series that will be launched in nine new villages nationwide to encourage the students to love the national language.

The programme will subsequently be launched at Kg Baru Kuala Bikam in Perak, Kg Baru Pekan Nenas in Johor, Kg Baru Rasah in Negri Sembilan, Kg Baru Behrang Station in Perak, Kg Baru Plentong in Johor, Kg Baru Chepa in Kelantan, Kg Baru Salak Selatan in Kuala Lumpur, Kg Baru Rangkaian Sg Lembing in Pahang and Kg Baru Machap Umboo in Malacca.

At the event, students as well as villagers took part in drama sketches, karaoke sessions and traditional games – all in Bahasa Malaysia, with prizes to be won.

Meanwhile, Dr Wee’s wife Datin Jessica Lim Hai Ean also handed out RM600 cash contribution to eight students on behalf of Bakti (Welfare Organisation of Wives of Ministers and Deputy Ministers) after the event.

SUMBER : THE STAR

Advertisements

PPPM (PT): Enrolmen vokasional disasar 650,000 pelajar pada 2025

Idris Jusoh

KUALA LUMPUR 13 April – Kementerian Pendidikan yakin mencapai sasaran enrolmen sebanyak 650,000 pelajar dalam pengajian bidang teknikal dan vokasional (TVET) menjelang 2025 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendi- dikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sasaran tersebut selaras dengan hasrat kerajaan membangunkan modal insan berkemahiran tinggi melalui pengenalan pendidikan asas vokasional pada peringkat menengah rendah dan menengah atas di kolej vokasional.

Katanya, bagi memastikan graduan TVET sepadan dengan perkembangan dan permintaan di 12 sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), kurikulum TVET telah dirangka dan dilaksanakan menerusi model kerjasama baharu dengan pihak industri.

“Lonjakan empat PPPM PT telah menyediakan platform untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui latihan serta pendidikan berkualiti dan berimpak tinggi di 91 kolej komuniti, 33 politeknik dan empat universiti teknikal Malaysia.

“Dalam masa sama, kualiti tenaga pengajar dan pen- yampaian terus dipertingkatkan merangkumi program perantisan, latihan amali, simulasi dan latihan khusus,” katanya menjawab soalan Senator Zaitun Mat Amin dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Senator K. Bathmavathi, beliau berkata, kerajaan ingin menjadikan budaya pembelajaran bagi rakyat negara ini tidak terhenti selepas peringkat pendidikan tinggi, sebaliknya menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya hidup.

Berikutan itu jelasnya, melalui PPPM (PT), kementerian komi- ted untuk meningkatkan kualiti pembelajaran sepanjang hayat sama ada formal atau tidak, dalam pelbagai bidang serta laluan demi pembangunan profesional dan individu.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, kementerian akan memperkenalkan lebih banyak program inovatif untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat lebih menarik melalui model pembelajaran baharu seperti dalam talian.

“Pengiktirafan Akreditasi Pem­belajaran Berasaskan Peng­alaman Terdahulu (APEL) juga diharapkan akan meningkatkan enrolmen pelajar, misalnya pelajar dengan kelayakan diploma yang mempunyai pengalaman kerja beberapa tahun dan menamatkan pelbagai kursus pendek, boleh diterima terus dalam program sarjana melalui disiplin sama,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Angkasa terus kerjasama martabatkan tulisan Jawi

Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Abdul Muie Ngah (empat dari kanan) yang mewakili pihak sekolah memenangi tempat ketiga Pertandingan Selfie Ramadan dan Syawal @ Nusantara (Kategori Sekolah) pada Majlis Penyampaian Hadiah di SMK Tengku Lela Segara Marang di Terengganu, semalam. Turut kelihatan, Zulkifli Abdullah (tiga dari kanan).

MARANG 13 April – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan mene­ruskan jalinan kerjasama de­ngan Kumpulan Utusan bagi me­nyemarakkan penggunaan tu­lis­an Jawi melalui beberapa lagi pendekatan baharu untuk menarik tumpuan terutamanya generasi muda.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kesediaan itu didorong oleh rasa tanggungjawab organisasi tersebut untuk bersama-sama membantu meningkatkan kese­da­ran orang ramai terhadap kepentingan membela tulisan Jawi dan membudayakan semula dalam kehidupan.

“Dengan adanya kegiatan elemen tulisan Jawi, yang disesuaikan mengikut keadaan semasa secara kreatif, usaha untuk memastikan tulisan itu terus hidup dapat diterapkan kepada generasi baharu,” ujarnya.

Sebagai contoh beliau merujuk kepada Pertandingan Selfie Ramadan dan Syawal @ Nusantara anjuran e-paper Utusan Melayu Mingguan, yang mengambil pendekatan disesuaikan dengan kegemaran semasa bagi golongan itu.

Beliau berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, di sini hari ini yang memenangi tempat ketiga kategori sekolah dengan hadiah RM1,000.

Yang hadir sama, Pengetua sekolah berkenaan, Abdul Muie Ngah; Pengerusi Perhubungan Ang­kasa negeri, Mohamed Jais Hassan dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Zulkifli Abdullah.

Pertandingan dianjurkan akhbar Utusan Malaysia menerusi sisipan Utusan Melayu Mingguan dengan kerjasama Angkasa bermula pada Jun hingga Ogos tahun lalu itu, berjaya menarik 5,358 penyertaan.

Abdul Fatah gembira kerana penganjuran program itu ternyata menarik minat para pelajar dan guru-guru untuk menyertainya lebih-lebih lagi penerapan elemen ‘selfie’ yang pertama kali digabungkan dalam program pembudayaan seni Jawi.

“Saya berharap agar penyertaan anda dalam pertandingan ini adalah atas kesedaran kepada perlunya usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan lagi kesedaran dan dilihat juga sebagai langkah pertama untuk celik Jawi,” kata-nya.

Sementara itu, Abdul Muie berkata, penyertaan dalam per­tandingan itu dihantar oleh pelajar Tingkatan Empat Amanah dan tidak menyangka gambar diambil semasa sambutan Aidilfitri yang dianjurkan sekolahnya tahun lalu berjaya menarik perhatian juri.

Pelajar kelas berkenaan, Nur Aisyah Mohd. Nasir, 17, berkata, dia menghantar kesemua 12 keping gambar dan “selfie” yang bertuah itu mempunyai kelebihan tersendiri apabila turut menampilkan rakan sekelas mereka, warganegara Itali yang terlibat dalam program pertukaran pelajar, Daisy Rossoni, 18.

“Gambar itu nampak klasik kerana mempamerkan keceriaan kami di samping guru kelas, Mohd. Nor Ismail. Kemenangan ini secara tidak langsung mengakrabkan lagi hubungan persahabatan kami dan memberi inspirasi untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Pendidikan 
teras perpaduan

Zainuren Mohd Nor beramah mesra dengan pelajar SMK Selayang Bharu selepas merasmikan majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah itu di Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Bagi memastikan pembangunan negara seiring dengan perkembangan moden mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral, beretika dan memiliki sifat penyayang dalam kalangan warga berbilang kaum dan agama perlu sentiasa dijadikan elemen teras dalam sistem pendidikan negara.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, seiring dengan keperlu­an itu, aspek perpaduan juga tidak boleh dipinggirkan agar terus menjadi pancang dasar dan program pendidikan di negara ini.

“Kita tidak boleh sama-sekali mengetepikan aspek perpaduan nasional sebagai teras keamanan, kesta­bilan dan kemajuan negara.

Oleh itu, semua warga pendidik dan ibu bapa harus memberikan ruang dan perhatian dalam merancang dan melaksanakan pengukuh­an perpaduan nasional dan pembinaan semangat patriotisme di setiap peringkat pendidikan menerusi pelbagai pelaksanaan program pendidikan kenegaraan yang lebih berstruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selayang Bharu di Dewan Mutiara Budi sekolah itu di Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengetua SMK Selayang Bharu, Arfah Abd. Rahman dan Pengerusi PIBG SMK Selayang Bharu, Abdul Aziz Abu.

Selain itu, menurut Zainuren, dalam usaha melahirkan insan sempurna, masyarakat perlu kembali menghayati asas-asas yang terkan­dung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

“Seluruh warga Pendidikan mesti sentiasa menyelami harapan masyarakat yang melihat pendidikan sebagai satu wadah penting pembangunan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif utama yang digariskan di bawah Gelombang Pertama Pe­lan Pembangunan Pendidikan Ma­laysia 2013-2025 yang terbukti membuahkan hasil seperti program Transformasi Daerah, Literasi dan Numerasi (LINUS) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Saya yakin dengan perancangan dan pemantauan yang rapi semua inisiatif penting dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai pada penghujung tahun ini, termasuklah memperkasakan guru dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa.

“Bagi memastikan kejayaan ge­lom­bang pertama PPPM dan sebagai persediaan melaksanakan gelombang kedua mulai tahun 2016, saya menyeru agar peranan dan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta diperluas,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau menyeru warga pendidik agar menumpukan tenaga dan karisma bagi mencapai pendidikan yang bertunjangkan nilai, kelestarian alam sekitar serta memupuk nilai perpaduan.

Hal ini kerana, katanya, pelajar wajar dididik dengan ilmu penge­tahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni selari dengan tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berpenge­tahuan (knowledge person) tetapi insan yang berguna (useful person) dan warga negara yang baik (good citizen) yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat serta negara.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Delegasi UAE puji sistem pendidikan vokasional

Seorang pelajar Kolej Vokasional Setapak berinteraksi dengan delegasi UAE yang membuat lawatan ke kolej itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Delegasi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang membuat lawatan ke Kolej Vokasional Setapak memuji inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan dan memastikan kelangsungan sistem pendidikan vokasional demi masa depan generasi muda.

Ketua delegasi, Luke Zimmermann berkata, sesi taklimat dan lawatan ke bengkel sangat bermanfaat untuk mereka mengetahui secara mendalam pelaksanaan sistem pendidikan vokasional di negara ini.

“Program ini membolehkan kami merasai pengalaman dan melihat sendiri perbezaan persekitaran pendidikan yang diperkenalkan mengikut kepelbagaian pendapat guru dan ibu bapa yang terlibat dalam sektor vokasional di Malaysia,” kata Pengurus Program Pertubuhan Sheikh Saud Saqr Al-Qasimi ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat oleh Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Ruslan Zainudin di Kuala Lumpur baru-baru ini. Taklimat itu turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru kolej, Datuk Dr. Badaruddin Nordin.

Lawatan ini sempena program Pertukaran Guru Sekolah Ras Al-Khaimah yang bertujuan menyediakan peluang meningkatkan kemahiran tenaga pengajar Kolej Vokasional Setapak khususnya dalam pedagogi serta persekitaran pembelajaran melalui pertukaran lawatan ke sekolah pelbagai negara.

Sementara itu, Badaruddin berkata, program seperti ini merupakan satu bentuk interaksi global yang menyediakan ruang untuk bertukar pandangan dan pengalaman mengenai pendidikan vokasional yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa

“Usaha kerajaan mewujudkan sistem pendidikan vokasional bagi membantu pelajar-pelajar lemah daripada terus tercicir dalam arus pendidikan perdana mendapat pujian daripada delegasi tersebut dan berharap agar sistem yang sama dapat dipraktikkan di negara mereka,” ujarnya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Ibu bapa, guru berhimpun desak pengetua diambil tindakan segera

SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan waris pelajar mengadakan perbincangan mengenai sikap pengetua yang didakwa bersifat perkauman di PPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 12 April – Tidak tahan dengan sikap pengetua yang didakwa bersifat perkauman, baran serta mencadangkan penukaran guru sesuka hatinya, lebih 40 ibu bapa, guru serta pelajar salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini berhimpun bagi mendesak beliau diambil tindakan secara serta merta.

Himpunan yang mulanya di­rancang di hadapan sekolah tersebut, bagaimanapun berlangsung secara baik menerusi pertemuan bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda setelah dipujuk oleh seorang pegawai PPD.

Dalam pertemuan tersebut, kesemua yang hadir jelas menampakkan rasa tidak puas hati kerana bimbang dengan nasib para pelajar di situ yang didakwa menjalani pembelajaran dalam keadaan tidak selesa.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim yang menjadi wakil kepada kumpulan itu, beliau sebelum ini didatangi oleh lebih 40 guru di sekolah berkenaan yang mahu tindakan serta merta diambil ke terhadap guru berkenaan.

“Mereka turut membawa ba­nyak surat dan meminta saya memanjangkannya kepada pihak atasan agar tindakan segera diambil terhadap pengetua berkenaan.

“Namun masing-masing enggan mendedahkan identiti de­ngan menulis nama di dalam surat tersebut kerana bimbang karier masing-masing akan terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara kandungan dalam surat tersebut adalah pengetua berkenaan didakwa menghalang pelajar daripada menunaikan solat Zuhur di surau sekolah selepas sesi persekolahan selain tidak menyokong acara sambutan Maulidur Rasul di sekolah tersebut.

Selain itu, pengetua itu didakwa mengabaikan surat penyertaan untuk para pelajar menyertai program kokurikulum keislaman di luar sekolah walaupun jemputan itu diterima daripada PPD.

Sementara itu, kesemua yang hadir menyatakan rasa tidak puas hati dalam pertemuan tersebut turut membangkitkan dakwaan mengenai guru-guru yang sering ditengking sehingga menjatuhkan maruah mereka sebagai seorang pendidik selain pemakaian pengetua tersebut yang mencolok mata.

Kumpulan berkenaan juga men­dedahkan, dua guru Matematik yang banyak berjasa kepada sekolah tersebut dan disayangi pelajar bakal dipindahkan kerana dikatakan tidak sehaluan dengan pengetua berkenaan.

Dalam pada itu Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Sofaruddin Ismail yang mendengar keluhan ibu bapa tersebut berjanji akan memberi perhatian terhadap isu itu yang dibangkitkan mengenai pengetua sekolah yang didakwa bermasalah itu.

“Sikap pengetua berkenaan memang berada dalam pengetahuan kami sejak beberapa tahun lalu iaitu sejak dari beliau ber­khidmat di sekolah lama lagi. Namun beliau hanya ditukarkan ke sekolah lain kerana ada kalanya, seseorang guru itu tidak serasi dengan sekolah tersebut.

“Apa pun kami akan membantu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin termasuk berusaha untuk mengekalkan dua guru yang didakwa diberi arahan berpindah itu,” katanya lagi.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Generasi muda perlu faham sejarah negara – Kay Kim

Khoo Kay Kim

KUALA LUMPUR 12 April – Kementerian Pendidikan digesa merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah bagi melahirkan generasi muda yang tidak buta terhadap sejarah negara.

Pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, selain Sains dan Matematik, subjek Sejarah juga penting untuk dipelajari demi masa depan negara bagi mengelak masyarakat hari ini mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu.

“Tidak ramai generasi muda yang berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah kerana kebanyakan mereka menganggap subjek tersebut bosan dan tidak penting, tetapi realitinya dengan sejarah, generasi muda dapat mengenal asal-usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya.

“Dengan mempelajari sejarah, masyarakat khususnya anak muda dapat mengetahui latar belakang dan pembentukan negara sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rakyat menolak golongan yang melanggar sempadan adab dan adat yang dipelopori individu dan organisasi yang disifatkan sebagai buta huruf terhadap sejarah negara.

Titah baginda, perbuatan mahu mengetepikan adab sehingga memijak adat semakin ketara oleh mereka yang longgar pegangan adat dan kosong fahaman adabnya.

Ini kerana, golongan itu mempunyai pengetahuan cetek tentang tamadun bangsanya, minda budaya pelarian dan minda terapung-apung serta tidak ada akar budaya sehingga melanggar adab dan menyisihkan adat.

 Mengulas lanjut kata Kay Kim, golongan yang longgar pegangan adat dan kosong fahaman adabnya digalak mengkaji Perlembagaan negara yang merupakan sumber rujukan kepada semua perkara termasuk sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat Malaysia.

“Sebab itulah, penting untuk masyarakat mempelajari sejarah negara sendiri seperti mengenal dan memahami Rukun Negara yang kedua dan ketiga, iaitu memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran Perlembagaan,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA