Skilled workers the next ‘in’ thing

I, robot: Electrical and electronic engineering student Kok Kah Seng (left) showing his creation – the Megaone robot – at the INTI International College Penang booth during The Star Education Fair.

GEORGE TOWN: School leavers are encouraged to take up technical and vocational courses as skilled workers will be in demand in future.

Deputy Education Minister II P. Kama­la­nathan said this would be affirmed in the National Education Blueprint for Higher Education, which will be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on April 7.

“The focus of the blueprint is on technical and vocational education. Students should change their perception that technical and vocational education is geared for the less academically qualified,” he said.

“Time has changed and technical and vocational education is the ‘in’ thing now. Forget about becoming lawyers, engineers or doctors,” he said at the launch of The StarEducation Fair 2015 at SPICE Arena in Relau yesterday.

Kamalanathan spoke of a recent conference in New Delhi where he was told that a psychiatrist with a PhD would charge his client £250 (RM1,375) per hour.

“But a person who knows how to change roof tiles is getting £300 (RM1,650) per hour.

“In Germany, 60% of its top achievers do not go to universities. They opt for polytechnics. It’s a dual training method – comprising either 70% or 75% of practical training and 30% or 25% of academic session,” he said.

He said some polytechnics were now offering degrees in automation.

“The syllabus is created by both academicians and the industry players,” he said.

The education fair featured 87 exhibitors taking up 253 booths, offering undergraduate, postgraduate, twinning, diploma, certificate and distance learning programmes during the two-day event which ended yesterday.

The Star executive director Tan Sri Kamal Hashim, in his speech, said The Star Education Fund would be awarding 58 scholarships worth RM1mil with grants from six university and college partners.

The Star’s partners-in-education are KDU College Penang (RM447,000), Sentral College Penang (RM173,000), Sunway College Ipoh (RM134,000), Equator College Penang (RM119,000), Han Chiang College (RM115,000) and PTPL Penang (RM105,000).

“We will continue to work with institutions of higher learning to provide opportunities for the underprivileged to acquire higher education,” he said.

Kamalanathan and Kamal were on hand to receive the pledges from representatives of the partners-in-education during a presentation ceremony yesterday.

Joining them were The Star senior regional manager (operations) David Yeoh and The Star Education Fund manager Susanna Kuan. Also present was Penang MCA secretary Tan Chuan Hong.

The Star Education Fund has been providing bursaries to students since 1994.

SUMBER : THE STAR

Advertisements

Pertandingan peringkat antarabangsa bukti pelajar kita setanding negara lain

PUTRAJAYA: Penyertaan negara dalam 12 pertandingan peringkat dunia mendapat pelbagai pengiktirafan yang meletakkan murid dan pelajar Malaysia setanding dengan pelajar negara lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata antara pertandingan yang disertai pelajar negara ialah International Science and Engineering Fair di Amerika Syarikat, International Folkdance Competition di Romania dan World Robots Olympiad di Sochi, Russia.

Perlu latihan, tapisan

Beliau berkata usaha mendidik, membimbing dan menghasilkan murid yang mencapai kejayaan bertaraf dunia bukanlah mudah kerana mereka perlu melalui pelbagai latihan dan tapisan sebelum boleh bersaing di persada antarabangsa.

Namun, dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya murid, pelajar dan guru yang terbabit dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa supaya sentiasa berpegang teguh kepada identiti nasional walau di mana mereka berada.

“Walaupun antara kita berbeza agama, etnik dan bangsa janganlah sesekali kita lupa untuk pamerkan identiti nasional selaku warga Malaysia ketika menyertai pertandingan,” katanya pada majlis apresiasi persada antarabangsa 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, di sini semalam.

Perkongsian strategik

Beliau berkata, semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta, harus sedia menggembleng tenaga dan sumber kewangan bagi kemajuan pendidikan pelajar negara ini seperti perkongsian strategik dalam program berkenaan.

Katanya perkongsian strategik itu dapat menzahirkan matlamat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan apa yang digariskan dalam agenda transformasi pendidikan negara.

Khair berkata hasrat itu jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi tumpuan kepada enam aspirasi murid iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, mempunyai kemahiran memimpin, berkemahiran dalam dwibahasa, beretika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional.

SUMBER : BERITA HARIAN

Seimbang akademik, sahsiah

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT), berupaya memberi keseimbangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, berkata selain itu, pelbagai inisiatif dalam PPPM (PT) juga akan membantu graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih berdaya saing, kreatif serta inovatif.

“Pelan ini akan membantu universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memperkemaskan pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing berteraskan garis panduan lebih holistik dan menepati keperluan global,” katanya.

PPPM (PT) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 7 April ini.

Beliau berkata, malah PPPM (PT) memberi tumpuan lebih meluas bukan sahaja dalam aspek penyampaian ilmu pada peringkat pengajian tinggi, tetapi juga aspek pembentukan graduan bersahsiah tinggi dan seimbang.

Katanya, pelan terbabit membuka ruang kepada setiap universiti dan IPT melaksanakan inisiatif masing-masing dengan lebih pantas untuk memenuhi keperluan industri menjelang tahun 2025.

“Inisiatif yang diperkenalkan ini akan ada sokongan dan kemudahan pada peringkat kementerian untuk meningkatkan interaksi antara pihak swasta dan industri, selain membangunkan ekosistem keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata PPPM (PT) juga memberikan ruang kepada IPT menghasilkan pendapatan sendiri menerusi pelbagai aktiviti selain bergantung kepada dana kerajaan.

“Saya percaya setiap universiti mempunyai kerangka strategi masing-masing. Kita bukan saja saling bekerjasama merealisasi hasrat dalam PPPM (PT), malah bersaing dengan kekuatan dan keunikan tersendiri,” katanya.

Penuhi keperluan negara

Mengenai inisiatif Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET), Noor Azlan berkata pertambahan graduan dalam bidang itu akan membantu memenuhi keperluan negara terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dan berkualiti.

“Satu daripada lonjakan PPPM (PT) adalah memartabatkan TVET yang mengubah tanggapan kemahiran adalah pilihan kedua.

“Kemahiran perlu menjadi teras dalam program pengajian. Ia berikutan, laporan daripada bahagian sumber manusia mendapati ada kelompangan berkaitan bidang kemahiran,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Students grab top three prizes in web development contest

Winners: Yong (second from left) and Ting take first prize in the competition. With them are Cahalan (left) and Richard (right).

KUCHING: SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor students took the top three and two consolation prizes in a web development competition organised by Swinburne University of Technology, Sarawak Campus.

“First prize went to the team of Celine Ting Jia-Hui and Yong Chie Xian. Second prize winners were Jonathan Chung Yiik Hung and Low Wei Seng, while third prize went to the pair of Lai Peng Hung and Mok Chern Loong,” said a statement from the university.

The two consolation prizes were awarded to the team of Lai Yong Hao and Gillian Tan, and Nelson Chai Zhen Faan and Mandy Tan Hui Sing.

The prizes included trophies, certificates and cash.

“Each team had to re-create the Swinburne Sarawak website using Weebly, a web hosting service. The aim was to let participants get an opportunity to experience how to create a website, where they could experiment with their imagination and creativity but also to develop the soft skills that we know are so important to employers,” said

Swinburne Sarawak deputy vice-chancellor Prof Anthony Cahalan.

“We’re approached by employers all the time to give employment to our IT graduates. So if you’re interested in IT, design, website, multimedia, software, computer science, these are all things that Swinburne is really well known for. This is our area of expertise – science, technology and innovation. ICT sits right in the technology and innovation area.”

The competition was held following a two-day workshop the Form Five students attended in February.

The prizes were sponsored by Kuching based software company, Pasti Nyala Sdn Bhd. Its systems manager, Richard Wellis Sinyem, represented the company at the prize giving ceremony.

SUMBER : THE STAR

PPsi bantu pelajar masuk aliran sesuai

SHAMSHULKAHAR MOHD. DELI (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peserta tilawah al-Quran selepas merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat daerah Jempol di Masjid Kariah Serting Tengah, Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.

JEMPOL 23 Mac – Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang wajib diambil pelajar tingkatan tiga bukan satu ujian membebankan tetapi membantu mereka memasuki aliran sesuai ke tingkatan empat terutamanya sekolah berasrama penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli berkata, bagi memastikan PPsi berjalan sempurna, semua Guru Bimbangan dan Kaunseling telah dihantar menjalani latihan secara berkala Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pendidikan.

“Dakwaan ibu bapa bahawa PPsi membebankan pelajar adalah tidak benar kerana ia amat membantu pelajar menentukan aliran, minat dan potensi untuk ke tingkatan empat selepas memperoleh keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“PPsi wajib diambil calon PT3 yang terbahagi kepada Ujian Aptitud yang meliputi Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai serta Inventori Personaliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-quran peringkat daerah Jempol di Masjid Kariah Serting Tengah, di sini semalam.

Jelasnya, ujian itu bertujuan untuk melihat kecenderungan pelajar merangkumi beberapa aspek antaranya Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.

“PT3 yang dilaksanakan mulai tahun lalu mengandungi elemen Pentaksiran Pusat, Sekolah, PPsi dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK).

“Isu PPsi membebankan pelajar tidak timbul sama sekali kerana penyusunan jadual sudah dilaksanakan lebih awal di peringkat kementerian dan saya berharap ibu bapa memandang serius kepentingan PPsi terhadap anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata, pentaksiran dijalankan seperti peperiksaan sebenar iaitu pelajar menjawab soalan tanpa gangguan atau pengaruh luar.

Menurutnya, keputusan PPsi wajib disertakan bersama slip keputusan PT3 jika mereka memohon memasuki sekolah berasrama penuh atau kolej vokasional.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Sasar dua IPTA tempatan 
antara 100 terbaik dunia

IDRIS JUSOH

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kerajaan menyasarkan dua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) tempatan untuk diiktiraf sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia menjelang 2020.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, usaha mendapatkan pengiktirafan tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang bakal dilancarkan 4 April ini.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan IPTA tempatan memperbaiki kedudukan dalam senarai penarafan antarabangsa.

“Walaupun universiti kita belum berada pada kedudukan 100 terbaik di dunia, kebanyakannya berjaya melonjakkan pencapaian masing-masing.

“Sebagai contoh, berdasarkan Penarafan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS Ranking), Universiti Malaya (UM) telah berjaya berada pada kedudukan 151 terbaik pada 2014 berbanding kedudukan 167 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Idris berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pendidikan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dari segi penarafan program pengajian dan fakulti, beliau memberitahu, sebanyak 11 fakulti dari IPTA tempatan dikategorikan antara 100 terbaik di dunia.

Beliau menjelaskan, mengikut QS Ranking, Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-28 untuk program alam sekitar.

“Selain itu, berdasarkan Penarafan Universiti Terbaik Global, Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah ke-54 terbaik di dunia, ketujuh di Asia dan terbaik di Asia Tenggara bagi program Sains Pertanian,” ujarnya.

Idris menambah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut berada di hadapan dari segi pembangunan perbankan Islam di negara ini dengan menyumbangkan lebih 10 peratus daripada 422 penerbitan dalam bidang itu di peringkat global sepanjang 2009 hingga tahun lalu.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Sistem pemarkahan PT3 diterima baik

P. Kamalanathan

KUALA LUMPUR 23 Mac – Sistem pemarkahan dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dijalankan oleh guru sekolah diteri­ma baik oleh ibu bapa dan pelajar apabila hanya kira-kira 3,000 permohonan semakan kembali dibuat berbanding jumlah keseluruhan 400,000 pelajar yang menduduki­nya tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, 99 peratus daripada ibu bapa berpuas hati dengan sistem tersebut meskipun timbul beberapa kerisauan memandangkan peperiksaan itu baru pertama kali dilaksanakan.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan bahawa PT3 dibuat secara tergesa-gesa adalah tidak tepat kerana sistem berkenaan telah dikaji dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat direalisasikan.

“Mengenai timbulnya ketidakselesaan ibu bapa dengan pemarkah­an guru yang membuat soalan itu, kita sebenarnya memberi kuasa kepada guru untuk periksa kertas soalan dan ini memberi pengiktirafan serta kepercayaan kepada mereka untuk melakukan pentaksiran sendiri.

“Apabila melihat angka lebih 400,000 pelajar menduduki PT3, kita dapati jumlah pelajar yang memohon untuk semak kembali kerana tidak puas hati hanya 3,000 orang dan ini menunjukkan 99 pe­ra­tus pelajar dan ibu bapa menerima cara pemarkahan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kamalanathan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) yang meminta penjelasan tentang status PT3 memandangkan tiada angka rasmi dikeluarkan oleh kementerian terhadap pencapaiannya.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata, data PT3 tidak wajar dibandingkan dengan data peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sebelum ini, sebaliknya perlu dilihat sebagai data yang baharu.

 Dalam perkembangan lain katanya, beberapa cadangan termasuk pelaksanaan projek rintis yang hanya membabitkan beberapa sekolah untuk melihat sejauh mana keberkesanan PT3 juga tidak boleh dilaksanakan kerana sukar untuk pelajar menduduki peperiksaan berbeza.

“Apabila PMR dilaksanakan, kebanyakan soalan adalah berbentuk objektif dan dikeluarkan daripada PT3, contoh subjek Sejarah dan Geo­grafi yang menggunakan pelbagai instrumen kajian, pencapaiannya meningkat dengan kelulusan 88 peratus dan 88.6 peratus,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA