Kreativiti, inovasi tingkat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru

Peserta Program Peningkatan Profesionalisme Guru SK Changkat Tin bergambar kenangan selepas tamat program itu di Tanjung Tualang, Perak, baru-baru ini.

Bagi memantapkan proses pem­belajaran dan pengajaran (PdP), guru Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Tin mengikuti Program Peningkat­an Profesionalisme Guru yang di­ken­dalikan pakar motivasi, Dr. Is­ma­il Zain di sekolah itu di Tanjung Tualang, Perak, baru-baru ini.

Guru Besar sekolah itu, Laidi Shara berkata, program itu dilaksa­na­kan dengan hasrat memperleng­kap guru kemahiran mengendali­kan PdP secara lebih berkesan ber­sandarkan keperluan pendidik­an Abad ke-21,

“Melalui sesi perkongsian ilmu bersama Dr. Ismail diharapkan guru-guru akan lebih beriltizam untuk mendidik anak bangsa,” katanya.

Selain itu, peserta program turut diberi suntikan motivasi berkaitan kerjaya mereka terutama bagi me­ningkatkan tahap keyakinan diri untuk membuat perubahan terhadap gaya pembelajaran yang lebih efektif.

Hal ini diakui Guru Penolong Ka­nan Pentadbiran, Rozana Mohd Yusof yang benpendapat, pengisian program berupaya membuka min­da­nya tentang pentingnya transformasi dalam pendidikan.

“Keberkesanan PdP banyak bergantung kepada kreativiti, inovasi dan komitmen guru justeru mereka harus banyak berkongsi ilmu di samping mengintegrasikan pelbagai strategi dalam proses PdP ma­sing-masing,” katanya.

Sementara itu, guru Prasekolah, Siti Zubaidah Sariaat memberitahu, program ini merupakaan satu pendedahan ilmu yang amat baik dan merangsangkan guru serta pen­didik bagi memantapkan lagi pe­rancangan, tindakan dan amalan guru ke arah kejayaan pelajar.

Bagi guru pelatih, Nurhayati Mat Said dan Shila Antinarayanan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, sependapat menga­takan pengisian program ini merupakan satu bentuk motivasi diri yang mampu mengekalkan sema­ngat dan cita-cita mereka untuk men­jadi guru yang cemerlang dan berdedikasi.

Dalam pada itu, Dr. Ismail berkata, program ini sesuai dilaksanakan kepada guru di semua peringkat manakala Program Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP untuk guru dan murid pula masih di peringkat perancangan.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

 

%d bloggers like this: