Keputusan SPM 2014

PELAJAR cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Perlis, Nurul Najwa Zulkifli (tengah) mendapat kucupan istimewa dari ibunya Mazura Othman, 45 (kiri) sebaik diumumkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2014 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar, hari ini. Turut sama, bapanya Zulkifli Abdul Rahman, 48 (kanan). Nurul Najwa memperolehi 11A+ dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya sekaligus muncul sebagai satu-satunya pelajar cemerlang SPM 2014 bagi seluruh Negeri Perlis. – Foto BERNAMA

PELAJAR Orang Asli, Islan a/l Along 18, bekas pelajar SMK Tengku Indera Petra 1 menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM kepada rakannya, dengan mendapat keputusan 5A dan merupakan pelajar terbaik Orang Asli di Kelantan. – Foto Fathil Asri

PELAJAR berkeperluan khas terbaik, Kelantan, Ahmad Syaarif Kamal, 18, gembira dengan keputusan 8A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, beliau yang mengalami masalah penglihatan mata malas sejak dilahirkan melihat keputusannya bersama ibunya, Norlela Mohd Nawi, 42, seorang suri rumah ketika mengambil keputusan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok. – Foto Syamsi Suhaimi

PELAJAR cemerlang yang berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia.(SPM) meraikan kejayaan mereka di luar Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching. – Foto Che Rani Che Din

PELAJAR Orang Asli Jakun, Darlena Ramli, 18 menunjukkan slip keputusan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2014 yang diperoleh pada rakan sekolahnya. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Pekan, Pahang mendapat 6A,1B, 1C dan 2D. – Foto Mohd Rafi Mamat

PELAJAR cemerlang Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh ceria menunjukkan keputusan masing-masing dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR cemerlang Nik Najiha Ayesha Nik Noor Azmi, 18 (kiri) yang memperolehi 10+ meraikan kegembiraannya bersama sebahagian 16 rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Kota Bharu yang memperolehi semua A dalam keputusan SPM 2014 yang diumumkan pihak sekolah mereka. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

GELAGAT pelajar Cemerlang SPM 2014 SM Sains Tuanku Munawir, Seremban selepas mendapat keputusan A dalam peperiksaan SPM 2014 serta SM Sains Tuanku Munawir dinobatkan sekolah terbaik SPM 2014 bagi peringkat kebangsaan. – Foto Hazreen Mohamad

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Galpam, Sandakan, Rizuan Partono (kiri), Azlinah Naim (dua dari kiri) dan Mohd Feklee Roslee (kanan) berkongsi kegembiraan dengan guru mereka, Pandir Lodah (dua dari kanan) kerana memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM. – Foto Poliana Ronnie Sidom

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Keat Hwa,Ooi Ze Yan menunjukkan slip keputusan cemerlang 12A+ kepada ayahnya,Dr Ooi Soo Gee dan ibu, Tan Hooi Pheng selepas majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. – Foto Amran Hamid

TANG Eh Poi 53, menitiskan airmata setelah anaknya Lee Lai San 18, bekas pelajar SMK Tengku Indera Petra 2, menunjukkan keputusan SPM dengan mendapat 11A ketika sedang berniaga di kedai makan di Bandar Gua Musang Baru. Beliau merupakan salah seorang yang menjadi mangsa banjir yang telah memusnahkan kedai makan milik ibunya di Bandar Lama Gua Musang. – Foto Fathil Asri

ENAM pelajar sekolah dari negeri ini mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan keputusannya hari ini menerima slip keputusan mereka, di Jabatan Pelajaran Negeri, di Kuala Terengganu, hari ini. – Foto BERNAMA

PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip (kanan) menunjukkan gambarnya menyampaikan sijil prasekolah kira-kira 12 tahun lalu yang dibawa oleh pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matunggong, Kudat Muhd Ilham Fuad Awang Mohammad pada Majlis pengumuman keputusan SPM 2014 di Wisma Pendidikan, Likas di Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

PELAJAR Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Neo Yi Siang menunjukkan slip keputusan cemerlang 11A+ ,Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada ayahnya,Wee See Boon dan ibu Goh Poh Yean di bengkel memperbaiki motosikal keluarganya di Batu 1, Jalan Langgar. – Foto Amran Hamid

DARI kiri,Soo Yong Hooi, Mohamad Ariff Ikhwan Mohamad Nizam,Muhammad Syuhail Anas dan M.Amrit gembira selepas mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Sultan Abdul Hamid. – Foto Amran Hamid

PELAJAR cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, Muhammad Daniel Idrus, 18, (tengah) dari SMK Tinggi Cina Melaka yang memperoleh 11A menunjukkan slip keputusan peperiksaannya bergambar bersama keluarga di Rumah Media, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). – Foto Khairunisah Lokman

SEBAHAGIAN daripada 22 orang cemerlang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Derma yang mendapat semua A dalam subjek yang diduduki gembira menunjukkan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM. – Foto Eizairi Shamsudin

SEBAHAGIAN daripada 22 pelajar cemerlang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Derma yang mendapat semua A dalam subjek yang diduduki gembira menunjukkan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM. – Foto Eizairi Shamsudin

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Kota Bharu merupakan anak sulung dari empat beradik, Anis Adilah, 18 yang lumpuh paras pinggang ke bawah sejak berumur setahun setengah akibat demam panas menunjukkan silp peperiksaan kepada ibubapanya, Amlaki Jusoh dan Che Jah Noh setelah memperolehi 2A 3B 4C dalam keputusan SPM 2014 yang diumumkan pihak sekolahnya. Rumah mereka di Taman Restu, Kota Bharu telah dinaiki air banjir besar akhir tahun lepas hingga 6 kaki dalamnya mengakibatkan segala perkakas rumah musnah dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM40,000. – Foto Zaman Huri Isa

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Kuala Lumpur, Hwu Yung dijulang oleh rakan rakannya yang turut mendapat keputusan cemerlang selepas keputusan SPM 2014 diumumkan. – Foto Aziah Azmee

SEKUMPULAN sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin meraikan kejayaan mereka selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. – Foto Syahirah Abdullah

SEBAHAGIAN calon cemerlang bagi negeri Sabah menunjukkan sijil kecemerlangan yang diterima pada Majlis pengumuman keputusan SPM 2014, di Wisma Pendidikan, Likas di Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah

PELAJAR Sekolah Tun Fatimah berkesempatan berselfie setelah mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Joho Bahru, hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR Sekolah Tun Fatimah, Nur Fara Asyikin Mohd Razali (tengah) dipeluk oleh kedua ibubapannya yang mendapat keputusan 9A+ dalam SPM di Johor Bahru. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

MUHAMMAD Aiman Ridwan Mohd Hafash (kiri) antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 gembira selepas memperolehi keputusan 12A di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP). – Foto Naufal Samsudin

CALON daripada SMJK Jit Sin Bukit Mertajam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, Suraya Salim, 18, (dua dari kiri) bergambar bersama bapa Salim Embi, 55, ibu Siti Zubaidah Abdul Hamid dan abangnya Muhammad Ashraf, 26, ketika pengunguman keputusan peperiksaan SPM di SMJK Jit Sin Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – Foto Danial Saad

ANTARA pelajar terbaik SPM 2014 yang mendapat 10A dan sebahagia pelajar terbaik menunjukkan slip keputusan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

MUHAMMAD Zakwan Mohd Zahit antara pelajar terbaik SPM 2014 yang mendapat 10A dilambung oleh kawan-kawannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PELAJAR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Nor Shahida Abd Rashid 18, berkongsi kegembiraan bersama kedua ibu bapanya, Abd Rashid Ahmad, 47, dan ibunya Siti Salwa Basiron, 45, (kiri) pada Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar, di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini, hari ini. Beliau memperolehi keputusan cemerlang 11 A+ dalam semua mata pelajaran. – Foto BERNAMA

PELAJAR cemerlang negeri Selangor berkongsi kegembiraan atas kejayaan mereka selepas menerima keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan sijil penghargaan pelajar kecemerlangan daripada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Foziah Buang pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR yang mendapat keputusan cemerlang gembira menunjukkan keputusan SPM di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

PELAJAR yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM berselfie beramai-ramai selepas menerima keputusan di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

DARI kiri, Nurjazreena Zulkefli bersama rakannya Sharifah Leena Syed Othman dan Nur Efina Moktar kelihatan ceria selepas mendapat keputusan yang sama cemerlang 9A+ dalam SPM di Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA), di Ledang. – Foto Syarafiq Abd Samad

AHLI keluarga pelajaran tidak ketinggalan mengambil gambar mengunakan telefon bimbit pelajar Sekolah Menengah (P) St. George’s selepas mengambil slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang. – Foto Ramdzan Masiam

PELAJAR cemerlang yang mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dari Sekolah SM Sains Kuching, Mohammad Naufal Ismadi (kiri), sempat berselfie dengan keputusannya, di Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. – Foto Nadim Bokhari

PELAJAR cemerlang (OKU) Philip Ting Kin Tien, dibantu Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah (dua dari kiri) dan ibunya Grace Houng Siew Hung (kanan) dan Pengarah Pendidikan Sarawak, Sarena Sauni (kiri) untuk membaca sendiri keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM, di Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. – Foto Nadim Bokhari

NUR Afiqah Farzanah (tengah) gembira mendapat ciuman dari ibu bapanya, Waheed Rahman (kiri) dan Faridah Abd Wahab (kanan) selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10A 9A+ di Sekolah Menengah (P) St. George’s Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang. – Foto Ramdzan Masiam

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Kota Bharu merupakan anak sulung dari empat beradik, Anis Adilah, 18 yang lumpuh paras pinggang ke bawah sejak berumur setahun setengah akibat demam panas berselfie bersama ibu bapanya, Amlaki Jusoh dan Che Jah Noh setelah memperolehi 2A 3B 4C dalam keputusan SPM 2014 yang diumumkan pihak sekolahnya. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

PENGARAH Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (JPWPKL), Datin Nawal Salleh beramah mesra bersama penerima Anugerah Khas Kecemerlangan Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 selepas sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM, hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR Cemerlang SPM 2014, SM Sains Tuanku Munawir, Seremban berkongsi kegembiraan bersama selepas mendapat semua A dalam peperiksaan SPM 2014 serta SM Sains dinobatkan sekolah terbaik SPM 2014 bagi peringkat kebangsaan. – Foto Hazreen Mohamad

SEBAHAGIAN16 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Kota Bharu gembira setelah memperolehi semua A dalam keputusan SPM 2014 yang diumumkan pihak sekolah mereka. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

SEBAHAGIAN 16 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Kota Bharu gembira setelah memperolehi semua A dalam keputusan SPM 2014 yang diumumkan pihak sekolah mereka. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

SEBAHAGIAN 123 pelajar SMKJC Keat Hwa, Alor Setar yang mendapat gred A dalam semua matapelajaran dalam peperiksaaan SPM gembira selepas menerima keputusan. – Foto Danial Noordin

PELAJAR SMK Lembah Keramat, Ahmad Danial Amin Azman, 18, berkongsi kegembiraan dengan bapanya, Azman Shamsuddin, 53, dan ibunya Rosnah Talib, 54, selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur ceria menunjukkan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 selepas memperoleh 9A selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, hari ini. – Foto BERNAMA

PELAJAR cemerlang SPM 2015 Terengganu, Amanina Ayunni Ahmad Alwi melihat slip peperiksaan 11A+ yang diperolehinya sambil disaksikan bapanya Ahmad Alawi Mat Salleh, 44 (Kiri) dan ibunya Huzaila Hussin, 43 (Kanan) di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. – Foto Mohd Syafiq Ambak

CALON cacat penglihatan, Teh Yong Shing, 20, dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dipeluk ayahnya, Teh Leong Eng, 63, (kanan) sambil diperhatikan kakaknya, Teh Pei Sin 27 (kiri) selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A 1B, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Kategori Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Sairien Nafis

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, SMJK Jit Sin Bukit Mertajam ceria selepas sekolah mereka muncul tempat pertama mendapat GPS terbaik bagi Pulau Pinang ketika pengumuman keputusan peperiksaan SPM di sekolah itu hari ini. – Foto Danial Saad

ENAM pelajar cemerlang SPM 2014 Terengganu menunjukkan slip keputusan peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu hari ini. – Foto Mohd Syafiq Ambak

PENGARAH Pendidikan Perak, Rozi Puteh Ismail (dua dari kiri) menyerahkan slip keputusan SPM 2014 kepada anak Orang Asli, Shamien Seliman, 17, (kanan) sambil diperhatikan ibunya, Dayang Kim Sui, 41, di Ipoh hari ini. – Foto Muhaizan Yahya

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof menunjukkan buku Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas majlis pengumuman di Kementerian Pendidikan, Putrajaya hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (tengah) menunjukkan buku Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama Timabalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Khairil Awang (kanan) dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Tajuddin Jab (kiri) selepas majlis pengumuman di Kementerian Pendidikan, Putrajaya hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (tengah) menunjukkan buku Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama Timabalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Khairil Awang (kanan) dan Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Tajuddin Jab (kiri) selepas majlis pengumuman di Kementerian Pendidikan, Putrajaya hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Advertisements

SPM 2014 atasi Gred Purata Nasional

PENGARAH Pendidikan Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh (tiga dari kanan) beramah mesra bersama pelajar cemerlang dalam Kategori Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan, P Nyanasuriya 18 (dua dari kiri), Muhammad Ashraf Adam 18 (kiri), Abdul Aziz Abdul Rahman 18 (dua dari kanan) dan Teh Yong Shing 20, selepas menyampaikan sijil keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Katanya, pencapaian GPN bagi negeri adalah 4.73 berbanding 4.55 tahun sebelumnya iaitu penurunan 0.18 mata.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang.

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

“Bagaimanapun, hanya 59,402 calon layak mendapat sijil SPM berbanding 60,208 pada 2013,” katanya sambil menambah pencapaian GPN negeri pula turun kepada 4.95 berbanding 4.77 pada SPM 2013.

Dua belas sekolah dikategori cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

“GPN negeri turun 0.21 peratus kepada 5.17 peratus bagi 2014 berbanding 4.96 pada 2013,” katanya sambil menambah 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus.

Md Yunos berkata, empat calon memperoleh semua A+ berbanding enam tahun sebelumnya, manakala bilangan pelajar yang memperoleh semua A juga turun kepada 333 berbanding 404 pada SPM 2013.

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

“Kemerosotan itu disebabkan prestasi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menurun,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2014 di Ipoh.

Antara sekolah terbaik di negeri itu ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

“Pencapaian GPN bagi Johor pada 2014 adalah 5.00 mata berbanding 4.87 mata pada tahun sebelumnya,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Muar.

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Seramai 17,912 atau 82.10 peratus calon layak mendapat sijil dan 24 sekolah mencapai prestasi 100 peratus lulus, kata Osman.

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata, pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

“Sebanyak 88.81 peratus atau 22,799 calon layak mendapat sijil peringkat negeri, peningkatan 0.55 peratus berbanding 2013,” katanya. Sebanyak 27 sekolah pula lulus 100 peratus berbanding 24 sekolah pada tahun sebelumnya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Pelajar cacat penglihatan rangkul 9A

CALON cacat penglihatan, Teh Yong Shing, 20, dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dipeluk ayahnya, Teh Leong Eng, 63, (kanan) sambil diperhatikan kakaknya, Teh Pei Sin 27 (kiri) selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A 1B, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Kategori Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR; Cacat penglihatan bukan penghalang bagi pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak, Teh Yong Shin, memperoleh keputusan cemerlang, 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Yong Shin, 18, yang mengalami cacat penglihatan kategori B2 (separa rabun) itu tidak lemah semangat untuk bangkit dan berusaha mencapai keputusan cemerlang meskipun sukar membaca.

“Sebenarnya keputusan SPM yang saya peroleh adalah di luar jangkaan kerana subjek yang saya sasar untuk Gred A, iaitu Perdagangan dapat Gred B, sebaliknya subjek yang paling sukar iaitu Matematik pula dapat Gred A-.

“Ini kerana, saya menghadapi kesukaran membaca dan mengesan gambar rajah timbul dalam kertas soalan Matematik. Ia membuatkan saya hampir putus asa untuk menjawab kertas soalan itu ketika dalam dewan peperiksaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Yong Shin antara empat pelajar cemerlang SPM menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Datin Nawal Salleh, di sini.

Yong Shin yang turut ditemani bapa dan kakaknya itu berkata, beliau tetap gembira memperoleh keputusan berkenaan dan berharap cita-citanya untuk menjadi ahli Sejarah bakal tercapai suatu hari nanti.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Muhammad Ashraf Adam yang juga mengalami rabun dekat tidak patah semangat untuk berusaha sehingga mencapai keputusan cemerlang 9A 1B dalam SPM.

“Saya sudah mengalami penyakit katarak mata sejak berusia 11 bulan lagi. Sehingga kini hanya bergantung penuh dengan cermin mata untuk membantu saya membaca.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk berusaha sehingga berjaya. Yang penting pembahagian masa kerana masa itu amat berharga, lagipun saya tinggal di asrama jadi tidak banyak masalah,” katanya yang turut ditemani bapa, Adam Sulong, 54, dan Zawahir Sagaf, 53.

Principal’s mission and vision also contribute to SMK St Elizabeth’s success

High achievers: (From left) Hu Kai Ling, Lau Xin Hui and Lau Yee Hui showing their results.

SIBU: SMK St Elizabeth here again achieved remarkable results in the 2014 SPM examination by obtaining the best average grade (GPS) of 2.83, making it the only school in the town to score below 3.0.

The school is also placed top seven in the state after SM Sains of Kuching which scored 1.53, followed by SM Sains Miri (1.80), SM Sains Kuching Utara (1.84), SMP Lodge Kuching (1.97), MRSM Betong (2.14), Kolej Datuk Patinggi Abang Hj Abdillah, Kuching (2.41).

Senior assistant 1 Ching Huey Ching attributed the success of the school to its dedicated and concerned principal, Clement Chieng, who was instrumental in pushing the students and teachers.

“It is due to his dynamic leadership, including his clear and easy-to-follow mission and vision for all teachers and students,” she said.

Ching added that Chieng’s motivation, remedial and enrichment programmes had also benefited students and teachers.

“The teachers believe teamwork, dedication, diligence and concern are the keys to the success of the school. We not only place high emphasis on academic but also non-academic problems of the students,” she revealed, adding that the students were also well-disciplined and knew fully well the purpose of studying and coming to school.

Its top scorers included Sophia Lau Yee Hui who scored 9A+, 1A, 1A-; and Beautrice Hu Kai Ling, Grace Lau Xin Hui and Law Kai Xin who each obtained 8A+,2A,1A-.

Yee Hui, Kai Ling and Xin Hui told reporters their results were shocking as they were not expecting flying colours.

The trio, who were from the same class, attributed their success to the caring and hardwork of their teachers.

“We are very attentive in class. If we do not understand certain topics, we will either consult each other or ask our teachers,” they said.

As to what their ambition would be, Kai Ling and Xin Hui said they would complete their Form 6 first. Yee Hui was more specific as she wanted to be a doctor.

The school also has 22 with 5As and 6As, 10 with 7As, 20 with 8As, eight with 9As, 36 with 10As.

Meanwhile, SMK Sacred Heart has one student with 10A+ and 1A in Jason Lau Pick Hook. Three others got 9A+ each, whille 13 other obtained between 6As and 8As each.

Principal David Teo said its average grade had dropped to 4.11 but not the quality as more students had As in most subjects.

“This is a blessing. I would like to thank the students, teachers, parents, the school Board of Management for their hardwork in helping us to achieve this result,” he said.

Teo also showed his appreciation to Tan Sri Clement Hii, vice chairman 2 of the Board of Management, for his annual donation of study incentive to the school which motivated the students to take their studies seriously.

SUMBER : THE STAR

Visually impaired girl aspires to teach blind kids

‘A’ possible dream: Sui Teng (left) and Xin Er proudly showing off their result slips at St George’s Girls’ School in Macalister Road, Penang

BEING blind in the right eye and able to see only shadows in the left has not stopped Chew Sui Teng from pursuing her ambition to be a teacher.

And she is now one step closer to realising it.

Sui Teng, 19, was one of the top students at St George’s Girls’ School in Jalan Macalister, Penang, with 5A+, 2As and 1B+ for the SPM 2014.

“My teacher advised me to apply to the teacher training institutes to realise my dream to be a teacher.

“I want to teach blind children so that they can also have a bright future.

“Only through education can you change your life,” she said after receiving her results at her school yesterday.

Sui Teng said life was hard as a visually impaired.

“Revision books are limited. We can’t buy them in bookstores like others.

“My secret of success is to stay focus in class, do my homework and study revision books in Braille which are available in my school,” she said.

Another student Neoh Xin Er, 18, who is blind in the right eye and having glaucoma on her left, scored 7A+, 1A and 1A- .

Izzatur Nadhrah Abdul Aziz, 18, who is fully blind, also did well with 2A+, 1A, 4A-, 1B+ and 1E.

Her father Abdul Aziz Abdul Razak, 45, collected her result on her behalf at the school.

Over at the Penang Chinese Girls High School, Jennifer Cheah Zhi Yee thanked her mother for being a stern disciplinarian.

“I was not allowed to use my handphone when the exam was around the corner,” said Jennifer, who obtained 8A+ and 4A.

Over at SMK Bukit Jambul, Anasofiah Ismail, Caryn Lim Myn Li, Lim Li-Cha, Muhamad Aiman Asyraf Annuar, Nurul Nazihah Zamri and Salman Alfarisi Nasir Khan each scored 9A+ and were among 62 students at the school who got straight As.

Caryn, whose sister Cavina is a journalist at The Star in Penang, hopes to become a dentist one day.

Their father Lim Seng Leong, who is a teacher at the school, said he was extremely glad with Caryn’s results.

“I’m so proud of her,” he added.

 

SUMBER : THE STAR

4 anak daripada 4 madu

ZULKEPLI MOHAMAD (kiri) bersama empat anaknya (duduk dari kiri,) Juliana Aziera, Ayu Syaheera, Zul Azril dan Zul Azrul berbual bersama Pengetua SMK Putri Saadong, Ramli Dolah (tengah) sambil disaksikan keempat-empat isteri Zulkepli di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 3 Mac – Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.

Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab um­pama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.

Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.

Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.

Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Tidak tinggal solat rahsia berjaya

ALOR SETAR 4 Mac – Tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengamalkan solat sunat hajat dan dhuha menjadi rahsia pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014, Wan Nuraqilah Izzati Wan Mohd. Rushidi.

Wan Nuraqilah Izzati, 18, pelajar aliran sains agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah di sini yang mendapat keputusan 11A+ itu, juga diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM negeri ini.

Ketika ditemui selepas pengumuman rasmi senarai pelajar cemerlang negeri di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini, Wan Nuraqilah Izzati berkata, selain tumpuan di dalam kelas dan mengulang kaji pelajaran tiga jam setiap hari, dia memastikan kewajiban solat ditunaikan.

“Di dalam kelas, saya tidak bermain-main sebaliknya memberi tumpuan. Saya mahu ilmu yang diajar diberkati. Solat fardu dan sunat sangat membantu saya untuk lebih tenang dan yakin ketika menjawab kertas soalan,” katanya.

Anak kedua daripada empat ber­adik itu memberitahu, dia tidak mengambil tuisyen di luar kerana yakin dengan segala ilmu yang te­lah disampaikan oleh guru.

“Kelas tambahan selalu ada di sekolah, di situ banyak latihan telah diberi oleh guru,” katanya sambil menambah, dia tidak berjaya tanpa doa ayah, Wan Mohd. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud, 47; ibu, Sakinah Sharif, 47; guru-guru dan rakan. Ibu bapanya adalah doktor.

Seorang lagi pelajar cemerlang dari SMK Sultanah Asma di sini, Siti A’isyah Mohd A’sri,18, yang mendapat 10A+ berkata, apa yang diajar oleh guru di dalam kelas sebenar­nya sudah mencukupi buatnya bagi mencapai kejayaan.

“Saya tidak ambil tuisyen di luar, hanya pastikan buat latihan agar tidak lupa apa yang telah diajar,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi ahli farmasi.

Bagi Neo Yi Siang, 18, pelajar alir­an sains di Kolej Sultan Abdul Hamid yang juga mendapat 11A+ dan salah sekolah pelajar terbaik negeri ini pula, tumpuan di dalam kelas di samping menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru secara konsisten adalah rahsia kejayaannya.

Menurutnya, dorong­an ahli keluarga juga menjadi pembakar semangat untuknya belajar bersungguh-sungguh.

Kata Yi Siang, bapa­nya, Neo Swee Boon, 57, seorang mekanik ma­nakala ibu, Goh Poh Yean,43, hanya suri rumah.

“Kejayaan kakak saya, Neo Yan Theng, 22, yang berjaya memperoleh 9A dalam SPM menjadi cabaran untuk saya mendapat keputusan lebih baik,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang saintis dalam bidang bioteknologi pertanian.

 

WAN NURAQILAH IZZATI WAN MOHD. RUSHIDI (kanan) dan Siti A’isyah Mohd A’sri masing-masing menunjukkan keputusan SPM 2014 di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah, kelmarin.