Syor Bajet 2014 biaya komputer riba guru

Usaha NUTP ringan beban kewangan warga pendidik

Johor Bahru: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan bantuan khas pembelian komputer riba untuk guru dimasukkan dalam Bajet 2014.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata pihaknya yakin sekiranya cadangan itu diterima kerajaan, ia mampu mengurangkan beban kewangan pendidik bagi mendapatkan komputer riba untuk memudahkan urusan mereka.

“Kini, perkembangan teknologi semakin canggih, malah ada komputer riba yang dijual mencecah lebih RM3,000 dan ia amat mahal dan membebankan guru.

Tugasan bertambah

“Kita sedia maklum tugasan guru sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, selain itu penggunaan komputer riba dalam bidang pengajaran juga amat penting.

“Kadang-kala, guru menghadapi kesukaran meminjam komputer riba daripada sekolah masing-masing kerana bilangannya amat terhad,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Sehubungan itu Hashim berkata, pihaknya berharap cadangan NUTP akan diberi pertimbangan yang sewajarnya apabila kerajaan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Naik elaun COLA, ITP

Sementara itu, Hashim yang juga Naib Presiden CUEPACS, berkata pihaknya berharap pada Bajet 2014 kerajaan dapat menaikkan elaun bantuan sara hidup (COLA) dan imbuhan tetap perumahan (ITP).

Sumber : Berita Harian

About these ads