18/01/2012
Program diperkenal Mines E-Able sejak dua tahun lalu
GOLONGAN kurang berkemampuan atau Orang Kelainan Upaya (OKU) kini berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) terutama rekaan web dan grafik secara percuma.
Peluang dilaksanakan badan korporat menerusi penubuhan Institut Latihan Mines E-Able di Mines Resort City, di Seri Kembangan, Selangor.
Ditubuhkan sejak dua tahun dengan objektif membantu golongan kurang berkemampuan selain OKU, menjadi matlamat utama pengasasnya Tan Sri Lee Kim Yew yang juga Timbalan Pengerusi Country Heights Holdings Berhad.
Seorang pelatih, Jenab Jannah Mohd Kasim, 26, berkata kekurangan dirinya yang mengalami masalah Cerebral Palsy atau dikenali sebagai Spastik sejak dilahirkan, bukanlah penghalang baginya menuntut ilmu dan meningkatkan keyakinan diri.
Katanya, dia mendapat dorongan belajar di situ daripada rakan senasib dan berharap usaha ini membolehkannya memperoleh pekerjaan.
“Saya gembira berpeluang belajar di sini, apatah lagi rakan dan guru banyak membantu. Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh di sini diharap membantu mendapatkan pekerjaan dan dapat hidup berdikari.
“Lebih menyeronokkan, kami tidak perlu risau mengenai makan dan tempat penginapan kerana semuanya disediakan secara percuma,” katanya.
Pengetuanya, Ther Pek Cheng, berkata dia berhasrat menarik lebih ramai pelajar OKU daripada pelbagai bangsa belajar di situ.
Beliau berkata, pihak pengurusan menyediakan pelbagai kemudahan selain belajar tanpa sebarang yuran, pelajar tidak perlu membayar kos sara hidup seperti makan, minum dan penginapan.
“Kurang publisiti menyebabkan pusat latihan kami kurang dikenali walaupun sudah beroperasi lama.
“Bagi sesi pengambilan tahun ini, kami mensasarkan seramai 80 pelajar ikut serta. Peluang ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mengubah nasib diri kepada kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Ada dua kursus ditawarkan iaitu Pengaturcaraan Laman Web dan Reka Bentuk Grafik selain terdapat program sampingan iaitu subjek klasik Barat dan Timur serta Muzik.
Mereka yang berminat perlu berusia dalam lingkungan 18 hingga 32 tahun, golongan OKU tetapi boleh menggunakan tangan mempunyai asas penggunaan komputer.
Keterangan lanjut boleh hubungi pihak pengurusan dengan menghubungi Ther pada talian, 012 257 8469 / 03 8941 4804 atau layari laman web, http://www.mineseable.org

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KursusITpercumauntukOKU/Article