Politeknik premier

29/09/2010

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

Strategi capai status negara berpendapatan tinggi

JABATAN Pengajian Politeknik (JPP) memperkasa strategi memperbaiki statusnya setaraf universiti menjelang 2020 menerusi penawaran program pengajian peringkat ijazah.

Beliau berkata, usaha itu adalah lanjutan Program Transformasi Politeknik yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Februari lalu dan mendapat sambutan memberangsangkan.

Katanya, sambutan itu dilihat berdasarkan kualiti pelajar baru yang mendaftar masuk politeknik manakala kursus yang ditawarkan kini lebih tinggi tahap kelulusannya, tidak terhad kepada diploma saja.

“Walaupun sasaran ditetapkan pada 2020, program transformasi akan melampaui tempoh itu iaitu sehingga politeknik mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan universiti lain.

“Transformasi ini menjadikan politeknik bukan lagi sebagai institusi akademik pilihan kedua,” katanya pada sidang media sempena majlis perjumpaan dengan warga JPP, di Putrajaya, baru-baru ini.
Kira-kira 300 warga JPP dari seluruh negara, termasuk pengarah dan pengurusan kanan politeknik menghadiri perjumpaan bagi mendengar taklimat Imran mengenai hala tuju JPP.

Beliau berkata, kerajaan mahu lebih banyak politeknik mencapai status Politeknik Premier, sekali gus menyuntik semangat pihak pengurusan meningkatkan kecemerlangan dengan memperkukuhkan kebitaraan masing-masing.

Imran berkata, JPP memberi kebebasan kepada setiap politeknik berusaha ke arah status berkenaan yang mana pentauliahannya berdasarkan struktur organisasi, keupayaan pelajar, tahap usaha sama dengan sektor industri serta keupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kini ada tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Selangor, Politeknik Ungku Omar (PUO) di Perak dan Politeknik Johor Bahru (PJB) di Johor.

Katanya, pengiktirafan syarikat besar seperti Proton Holdings Berhad (Proton), Malaysia Airlines (MAS), Advanced Micro Devices (AMD) dan Western Digital, menerima pelajar politeknik menjalani latihan praktikal di kilang mereka membuktikan industri yakin dengan keupayaan lepasan institusi itu.

Pada masa yang sama, jelas Imran, tidak kurang juga politeknik yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penempatan pelajar dengan beberapa industri dan institusi seperti Technology Park Malaysia, sekali gus memberi nilai tambah kepada lepasan politeknik.

Katanya, setiap tahun lebih 8,000 industri menawarkan program penempatan pelajar politeknik sekali gus mengiktiraf keupayaan, kemahiran dan kecekapan lepasan politeknik menepati keperluan pasaran pekerjaan.

“Kita akan teruskan usaha penambahbaikan politeknik dengan memperkenalkan kursus diploma lanjutan dan program Ijazah menjelang 2015,” katanya yang yakin matlamat itu dapat dicapai lebih awal berdasarkan perkembangan semasa.

Beliau juga menjangkakan permohonan memasuki politeknik bagi kursus vokasional dan teknikal akan melebihi 70 peratus pada masa depan, malah tahun ini 120,000 pelajar memohon memasuki politeknik berbanding antara 80,000 hingga 90,000 pelajar pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, kekosongan sedia ada untuk pengambilan baru di 27 politeknik seluruh negara hanya sekitar 40,000 setahun tetapi boleh ditingkatkan sehingga 50,000 apabila kerja pembinaan di empat politeknik siap sepenuhnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

Ketua Pengarah JPP, Datuk Imran Idris, berkata pendekatan itu selaras keperluan Model Baru Ekonomi (MBE) yang menuntut tenaga kerja berdaya saing dan kreatif serta inovatif bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010092909371020100929093710/Article

Program mobiliti pelajar tiga negara bermula 2011

29/09/2010

MOHAMED KHALED bergambar bersama pelajar dari Indonesia dan Thailand di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

MOHAMED KHALED bergambar bersama pelajar dari Indonesia dan Thailand di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Malaysia akan mula menghantar pelajarnya mengikuti kursus menerusi Program Mobiliti Malaysia, Indonesia dan Thailand, iaitu 11 universiti di Indonesia dan enam universiti di Thailand pada tahun depan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, program itu membolehkan pelajar terbabit menghabiskan pengajian satu semester di universiti di Thailand dan Indonesia. Katanya, pada masa ini, terdapat 46 pelajar Indonesia dan 13 pelajar Thailand sedang mengikuti pengajian di universiti di negara ini menerusi program berkenaan dengan tempoh masa pengajian sama iaitu satu semester. “Program perintis itu bukan saja dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor pengajian tinggi, malah mendedahkan pelajar kepada keunikan budaya dan merapatkan hubungan rakyat antara tiga negara berkenaan.

“Pelajar ini adalah pemimpin masa depan. Ini satu gerakan yang baik yang boleh mengeratkan hubungan khasnya antara Malaysia dan Indonesia.

“Walaupun hubungan dikeruhkan dengan insiden (tunjuk perasaan) BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat), Malaysia mempunyai kira-kira 10,000 pelajar Indonesia di negara ini dan saya percaya mereka mampu menjadi penghubung antara rakyat kedua negara,” katanya ketika merasmikan program perintis Program Mobiliti Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Programmobilitipelajartiganegarabermula2011/Article

Lapan pelajar SMK Serdang terima hadiah alam sekitar di Norway

29/09/2010

KULIM: Setelah dua kali tertunda, hasrat lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, dekat sini, membawa pulang hadiah kemenangan tempat kedua dalam pertandingan antarabangsa, Co2 Support, di Bergen, Norway pada Ogos lalu akhirnya tercapai. Tempat pertama pertandingan anjuran SUPPORT dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang itu disandang sebuah sekolah dari Cyprus. Pertandingan itu menumpukan kepada pemuliharaan alam sekitar dan cara-cara mengurangkan pembebasan gas Co2 yang menjadi faktor utama pemanasan global masa kini.

Guru Pembimbing projek SMK Serdang, M Runeka berkata tarikh majlis penyampaian hadiah kali pertama yang sepatutnya diadakan sempena Persidangan Alam Sekitar Sedunia iaitu COP15 yang dilangsungkan di Copenhagen, Denmark telah ditunda kepada 18 hingga 23 April 2010 lalu.

“Jadual itu terpaksa ditunda berikutan letusan gunung berapi di Iceland pada 16 April lalu dan akhirnya rombongan kami sampai di Bergen, Norway pada 27 Ogos dan menerima hadiah kemenangan pada satu majlis di Scandic City Hotel, Bergen 30 Ogos hingga 9 September lalu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ketua pasukan pelajar berkenaan K Tasha Nathinya, 17, menyatakan rasa bangganya kerana mewakili negara ketika menerima hadiah pertandingan bersama penolongnya S Meharaj di Norway.
Katanya dia teruja apabila secara kebetulan bertemu dengan seorang bekas tentera British yang pernah berkhidmat di Pulau Pinang, Clive Scott, 83, yang masih fasih berbahasa Melayu di Norway.

“Walaupun sudah 40 tahun meninggalkan negara ini pertuturannya dalam Bahasa Melayu masih baik,” katanya.

Tasha berkata dia tertarik dengan gaya hidup penduduk Norway khususnya di Bergen kerana mereka mengamalkan cara hidup yang kurang menggunakan kenderaan berenjin, sebaliknya lebih gemar berbasikal dan berjalan untuk ke tempat kerja atau ke sekolah.

“Mereka juga lebih banyak mengamalkan makan makanan seperti sayuran dan buah-buahan segar,” katanya. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LapanpelajarSMKSerdangterimahadiahalamsekitardiNorway/Article

Pasukan SMK Serdang adalah pemenang bersama dengan SMK Perempuan St George, Pulau Pinang, tempat kedua kategori Sekolah Menengah. Mereka membawa pulang hadiah berbentuk buku dan cenderahati.

Kekal kecemerlangan

28/09/210

DARI kiri, Mohd Ismail, Syed Arabi dan Khaliq Ahmad melancarkan penjenamaan semula pusat pengurusan UIAM Gombak, baru-baru ini.

DARI kiri, Mohd Ismail, Syed Arabi dan Khaliq Ahmad melancarkan penjenamaan semula pusat pengurusan UIAM Gombak, baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar memilih institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan sebagai pilihan utama. Katanya, model perniagaan dan program pengajian siswazah diperkenalkan UIAM sejak 1993 bersesuaian dalam usahanya mempersiapkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam pasaran global.

“Pendekatan ini sejajar dengan usaha mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.

“Saya percaya proses penjenamaan semula dapat mengekalkan kecemerlangan UIAM sebagai IPTA yang memiliki program pengurusan siswazah terbaik di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Penjenamaan Semula Pusat Pengurusan UIAM di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid; Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UIAM, Prof Dr Ahmad Faris Ismail; Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Prof Dr Khaliq Ahmad dan Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UIAM (IIUMGSM), Prof Dr Mohd Ismail Sayyed Ahmad.
Sementara itu, Syed Arabi berkata, penjenamaan semula itu diharapkan melonjakkan usaha menjana pendapatan IIUMGSM.

IIUMGSM kata beliau, secara konsisten sejak 2008 menjana pendapatan membanggakan. Pada 2008 menyaksikan sejumlah RM3.6 juta. Perolehan tahun lalu terus meningkat dengan sejumlah RM4.4 juta diraih daripada pelbagai sumber termasuk daripada industri.

“Selain itu, kerjasama pintar dengan Bank Negara Malaysia, Bank Indonesia, Yayasan Sasakawa (Jepun), Perkhidmatan Awam (Brunei), Maybank dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) memantapkan program pengajian.

“Masing-masing menyediakan kepakaran bagi program pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (DBA); Ijazah Sarjana Pengurusan Pemeningkatkan keyakinan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam memilih UIAM sebagai IPTA pilihan,” katanya. Perniagaan (MBA); dan Ijazah Sarjana Pengurusan (MMgt).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kekalkecemerlangan/Article

Tingkat akademik pensyarah setaraf universiti terbaik dunia

24/09/2010

SEJAUH mana matlamat dan peranan universiti ditentukan oleh faktor luaran seperti ranking dan pasaran kerja? Apakah impak agenda dan dasar negara terhadap perkembangan universiti di sesebuah negara? Apakah kaedah terbaik untuk memacu bidang pengajian tinggi Malaysia? Seminggu lalu, selepas QS World University Ranking 2010 diumumkan, saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak, terutama media untuk mendapat saranan. Apakah kualiti dan standard pengajian tinggi tempatan sudah menurun?

Itulah antara persoalan yang sering dibicarakan sejak kebelakangan ini dalam media massa dan sembang sesama intelektual. Malah itulah juga mauduk semeja sepanjang musim hari raya ini setiap kali saya bertemu tokoh pemimpin, ahli korporat dan rakan sarjana. Ada pesimis terhadap pencapaian universiti tempatan dalam liga universiti dunia. Namun, ramai juga yang kritis supaya universiti tempatan perlu mengadun acuan sendiri berdasarkan kepentingan agenda nasional, bukan dibayangi petunjuk dan kriteria global yang sering kali tidak memihak kepada negara kecil seperti Malaysia.

Pada 16 September lalu ranking baru dikeluarkan pula oleh Times Higher Education (THE) World University Rankings 2010. Soalan sama turut dikemukakan. Kita terpaksa akur penilaian terhadap institusi pengajian tinggi sentiasa dilakukan pelbagai pihak termasuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi menerusi instrumen rating (bukan ranking) SETARA dan badan profesional.

Semua penilaian ini menjadi antara komponen dalam sistem pengajian tinggi di Malaysia. Selain itu lima Universiti Penyelidikan (UTM, UKM, USM, UPM dan UM) turut dinilai QS sejak 2004. Perkara ini selalu menjadi bualan bahawa tidak sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.

Apakah makna universiti terbaik dunia? Sekadar makluman, sejak awal kewujudan ranking universiti dunia oleh QS sehingga 2009, Harvard menduduki tangga teratas. Pada 2010, giliran Cambridge pula. Apakah kedua-dua universiti berkenaan layak diiktiraf sebagai terbaik di dunia?

Teras kecemerlangan akademik ialah kecemerlangan pensyarah dan mahasiswa. Kecemerlangan akademik inilah mewarnakan komuniti ilmu universiti dengan kesegaran budaya ilmu. Pensyarah di Harvard misalnya ialah tokoh akademik dalam bidang masing-masing. Ketika saya menuntut di Harvard Business School (HBS), semua pensyarah bertaraf profesor dengan latar akademik dan profesional terbilang. Profesor bidang strategi misalnya ialah perunding strategi Apple Corporation, Intel dan kerajaan Amerika Syarikat.
Kejayaan ini berkait rapat dengan laluan kerjaya di universiti berkenaan. Jawatan tetap di HBS hanya profesor. Staf akademik lain iaitu penolong profesor dan profesor madya adalah jawatan sementara secara kontrak. Namun, untuk menjadi penolong pensyarah memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya empat tahun sebagai felo penyelidik pasca kedoktoran. Sistem perjawatan ini diamalkan di Singapura dan Korea Selatan.

Bagaimana kaedah terbaik untuk universiti kita lebih cemerlang? Kita perlu bergerak lebih pantas dan memberi impak besar kepada kecemerlangan akademik dengan memantapkan kualiti akademik pensyarah daripada aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perkhidmatan profesional. Laluan kerjaya pensyarah juga perlu mirip kepada universiti ternama dunia, bukan lagi terikat konsep pilih, latih (lanjutkan pengajian PhD), khidmat dan maju jaya.

Persoalannya sejauh mana komitmen melaksanakan program pemantapan kualiti akademik secara komprehensif sekali gus realistik? Sejauh mana pula penerimaan komuniti akademik untuk meningkatkan komitmen melaksanakan misi dan tanggungjawab kesarjanaan? Apakah segala-galanya perlu diumpan dengan imbuhan kewangan dan skim perkhidmatan lebih lumayan?

Jawapannya pelbagai. Namun, secara ideal mesti berasaskan konsep pendidikan dan matlamat universiti kerana universiti sebenarnya komuniti ilmu yang berkumpul untuk memperdalam kefahaman serta penghayatan dan memacu kecemerlangan ilmu menerusi penyelidikan, pengajaran serta penerbitan. Matlamat universiti tidak terungkap secara kebendaan dan diukur dengan petunjuk jangka pendek, sebaliknya bersifat ketamadunan dan pembinaan generasi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tingkatakademikpensyarahsetarafuniversititerbaikdunia/Article