Intelek: PTPL sedia 3000 tempat untuk lepasan SPM, STPM

12/03/2010

PUSAT Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) menyediakan 3,000 tempat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian peringkat ijazah, diploma dan sijil pada sesi 2009/2010 yang bermula April/Mei ini.

Naib Presiden Akademik, Kumpulan Kolej PTPL, Prof Datuk Dr Junainah Abd Hamid, berkata kolej itu menawarkan program A-Level, tujuh program peringkat sijil, 17 program diploma, sepuluh program ijazah pertama dan tujuh program profesional untuk lepasan SPM dan STPM. Katanya, Kolej PTPL menawarkan program dalam pelbagai bidang seperti sains kesihatan, pengurusan, hospitaliti, seni kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, rekabentuk grafik, perakaunan, foundation serta program profesional termasuk ACCA-Qualification, ABE, LCCI, CAT dan CIMA. “Selain menawarkan program pengajian yang mendapat pengiktirafan kerajaan serta akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kolej PTPL mempunyai 10 cawangan yang beroperasi di sembilan negeri seluruh negara,” katanya.
Untuk mengikuti program A-Level, calon mesti lulus SPM dengan lima kepujian, termasuk bahasa Inggeris.

Bagi program peringkat sijil, calon hendaklah lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu kredit.

Untuk mengikuti program peringkat diploma pula, calon mesti lulus SPM dengan sekurang-kurangnya tiga kredit, manakala program ijazah pertama pula, calon perlu memiliki kelulusan STPM.
Kolej PTPL, turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajarnya seperti perpustakaan, penginapan, pengangkutan serta khidmat kaunseling.
Selain kampus induknya di Shah Alam, Kolej PTPL juga mempunyai cawangan di Ampang, KL Sentral, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Sungai Petani.

Sebagai institusi collegiate kepada Managemenat & Science University (MSU), pelajar Kolej PTPL berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa yang disediakan melalui Unit Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) MSU. Melalui unit ini, pelajar mempunyai pilihan lebih 40 universiti di seluruh dunia dijadikan tempat menyambung pengajian mereka dalam bidang yang diminati.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di Kumpulan Kolej PTPL , pelajar boleh menghubungi Unit Kaunseling & Komunikasi, ditalian 03-5513 6688 atau lawati http://www.ptpl.edu.my.

Pilihan lain ialah dengan menghantar SMS ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677 / 017-399 3034 atau 016-630 8966.

 //

http://www.bharian.com.my/articles/Intelek_PTPLsedia3000tempatuntuklepasanSPM_STPM/Article/