Program sukan gemilang Sekolah Johor

25/02/2010

JOHOR BAHRU 24 Feb. – Seramai 630,000 murid serta pelajar dari 1,132 buah sekolah menengah dan rendah di negeri ini akan melaksanakan program mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, malah pihaknya telah menerbitkan buku berjudul ‘Pengurusan Sukan Negeri Johor’ sebagai panduan kepada sekolah bagi melibatkan seluruh murid dan pelajar dalam sukan secara berterusan.

“Apa yang ingin kami tekankan di sini, kesemua murid dan pelajar terlibat dalam sukan secara berterusan dari awal tahun hingga ke hujung tahun, bukan bermusim iaitu sehingga sukan tahunan sekolah selesai dianjurkan sahaja.

“Kita ada 25 jenis permainan termasuk yang popular dan yang tidak popular seperti ragbi, perahu layar, hoki, bola tampar, gimrama, bola keranjang, berbasikal, merentas desa dan banyak lagi.

“Kesemua sukan itu kita manfaatkan bagi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelektual,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sufaat mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu kata Sufaat, semua sekolah di negeri ini telah bersedia menyahut cabaran yang dilontarkan Muhyiddin dengan menjadikan buku ‘Pengurusan Sukan Negeri Johor,’ sebagai panduan pelaksanaan program itu.

Sebagai contoh, kata Sufaat, bagi memperkasakan sukan di sekolah, aktiviti yang dirancang hendaklah memenuhi cita rasa dan minat pelajar.

“Kaedah ini jika diamalkan membolehkan pelajar merasai kepuasan dalam bersukan dan seterusnya menjadikan sukan satu keperluan dalam hidup mereka.

“Sebagai contoh, jika pelajar berkenaan gemuk, jangan paksa mereka bermain bola sepak atau berlari sebaliknya mereka boleh melibatkan diri dalam acara memanah, catur dan banyak lagi,” katanya.

Tambah Sufaat, pihak sekolah juga perlu kreatif dalam mengubah suai sesuatu jenis sukan iaitu aktiviti yang dirancang haruslah bersesuaian dengan persekitaran, keperluan dan kemudahan yang sedia ada.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s