UM dipelawa latih pengasuh Permata

30/01/2010

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempelawa Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) bekerjasama dengan Permata Negara dalam menyediakan latihan kepada pengasuh kanak-kanak bagi progam itu.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, berkata dengan pencapaian UM yang berjaya melahirkan ratusan pendidik dan membentuk pasukan profesional daripada pelbagai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak 12 tahun lalu, kerjasama itu memberi manfaat dalam usaha melatih pengasuh Permata.

“Setakat ini, Permata bekerjasama rapat dengan jayanya bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kita mengalu-alukan penyertaan UM dalam bidang ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Asia Pasifik Siswazah Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAC) 2010 di universiti itu di sini.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, berkata dengan pencapaian UM yang berjaya melahirkan ratusan pendidik dan membentuk pasukan profesional daripada pelbagai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak 12 tahun lalu, kerjasama itu memberi manfaat dalam usaha melatih pengasuh Permata.

Beliau berkata, kira-kira 210 pusat Permata akan dibina, dinaik taraf dan diberi kelengkapan dengan alat pembelajaran melalui peruntukan sebanyak RM100 juta yang diberikan kerajaan bagi tahun ini.

Katanya, pada penghujung tahun lalu, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara, komuniti dan di tempat kerja sudah dibina, dinaiktaraf atau diperbaharui sebagai pusat Permata Negara melalui peruntukan RM150 juta di bawah pakej rangsangan pertama tahun lalu dan memberi manfaat kepada lebih 16,000 kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

“Cabaran kepada kita adalah untuk memastikan usaha memberikan pendidikan mencukupi dan jagaan kepada kanak-kanak adalah inklusif dan tidak ada kanak-kanak ketinggalan,” katanya. Rosmah juga berharap, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat Permata dapat meluangkan masa bersama anak mereka sekurang-kurangnya sejam seminggu.

“Ibu bapa boleh menjenguk anak mereka semasa makan tengah hari, makan bersama anak-anak kerana pusat Permata menggalakkan ibu bapa datang berinteraksi dengan anak mereka apabila mereka ada masa,” katanya.Rosmah juga berharap, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat Permata dapat meluangkan masa bersama anak mereka sekurang-kurangnya sejam seminggu.

“Ibu bapa boleh menjenguk anak mereka semasa makan tengah hari, makan bersama anak-anak kerana pusat Permata menggalakkan ibu bapa datang berinteraksi dengan anak mereka apabila mereka ada masa,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100130001339/Article/index_html

Bersara pilihan penjawat awam diluluskan dengan syarat

30/01/2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata bayaran selebihnya akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan, tetapi tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib.

Katanya, bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen.

Dalam satu kenyataan semalam, Ismail menjelaskan ganjaran dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan dijelaskan.

“Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai,” katanya.

Ismail berkata, kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang).

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan, katanya. � Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100130000846/Article/index_html

// // //

Rosmah: Education vital for every child

30/01/2010

KUALA LUMPUR: Every child deserves quality education so that he stands a chance of being part of the professional workforce in future.

“Early Child Development (ECD) is the foundation of quality human capital, hence an investment for the future.

“I believe that children are the heart and soul of humanity,” said Datin Seri Rosmah Mansor in her keynote address at the Asia-Pacific Conference of Early Childhood Education Graduates (Apac) here yesterday.

Mingling with the kids: Rosmah taking a keen interest in the games Emir Huzaini and Nada Azmi, both six years old, are playing after she officiated the conference in Kuala Lumpur yesterday. Looking on is University Malaya Vice- Cancellor Ghauth Jasmon

The two-day event, themed Developing Human Capital Begins With Children, was launched at Universiti Malaya and officiated by the prime minister’s wife.

The conference was organised by the university’s Department of Educational Psychology and Counselling in its Faculty of Education.

Rosmah, who is also the patron of Permata, the national-level programme that emphasises early childcare and education, congratulated the university for organising the conference which drew more than 300 participants.

Local universities, including UM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Perguruan Sultan Idris also presented papers at the conference.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/30/nation/5582817&sec=nation

Primary school rankings out next month

30/01/2010

Schools get a ranking system

KUALA LUMPUR: The rankings of primary schools according to their academic performance will be released next month.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the rankings of secondary schools would be announced later.

The rankings, based on academic results (70%) and Standard for Quality Education in Malaysia (SQEM) assessment scores (30%), will be part of the criteria used to choose 20 high performance schools (HPS).

Speaking to reporters after a ceremony acknowledging these 20 schools at SMK Aminuddin Baki yesterday, Muhyiddin, who is also Education Minister, said those that were not on the list should not feel slighted.

“Next year, we hope to have 30 schools, and 50 after that, for a total of 100 in three years,” he said, adding that those not on the list could improve their performance within these two years to reach the HPS level.

Muhyiddin also said that the 20 schools already announced would have to “defend” their status.

Among the perks of being named a HPS is an additional RM700,000 financial incentive on top of each school’s annual allocation from the Government.

On former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s comments that Malay non-governmental organisations (NGOs) seem to be gaining more support than Umno, Muhyiddin said:

“Maybe people see NGOs taking a more forward stand on issues, they think they have more influence than political parties.

“But in the end, people will determine their future through the political parties that fight for them. It is not the NGOs that will compete in the elections,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/30/nation/5582043&sec=nation

Sikap guru bantu Seri Puteri jadi SBT

30/01/2010

pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya menunjukkan 600 penyertaan daripada pelajar sekolah itu untuk pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri pada majlis penyerahan surat tersebut kepada Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat di Cyberjaya, kelmarin.


CYBERJAYA 29 Jan. – Sikap proaktif tenaga pengajar Sekolah Seri Puteri di sini menjadi antara faktor penyumbang kepada pemilihan sekolah itu sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Pengetua sekolah tersebut, Rashidah Md. Arif berkata, guru-guru dan semua tenaga pekerja sekolah itu amat komited ketika menjalankan tugas tanpa mengira waktu.

Katanya, mereka bekerja dalam satu pasukan dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak atasan dalam memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai.

“Tidak dapat dinafikan seluruh warga sekolah termasuk pelajar gembira dengan pemilihan dan pencapaian terbaru ini.

“Kini apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengatur dan memperkemaskan perancangan untuk mengekalkan status SBT ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan penyertaan pertandingan Surat kepada Perdana Menteri di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan Sekolah Seri Puteri antara 20 buah sekolah yang diiktiraf sebagai SBT.

Pengumuman berkenaan membolehkan 20 buah sekolah yang tersenarai itu mendapat keistimewaan kuasa autonomi tambahan untuk menaik taraf martabat sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia.

Menurut Rashidah, guru dan pelajar perlu seiring bekerjasama menghadapi perubahan itu bagi membolehkan cabaran untuk memartabatkan kualiti sistem pendidikan negara tercapai.

Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam setiap urusan dan pentadbiran sekolah termasuk proses pembelajaran.

“Sekolah akan memastikan talian dan prasarana ICT berada dalam keadaan baik bagi memastikan akses kepada sistem maklumat dapat dilakukan tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

Sementara itu, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sekolah terutamanya persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan alumni Sekolah Seri Puteri.

“Mereka selama ini telah banyak berusaha membantu kami untuk mendapatkan dana untuk sekolah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm